Komuniti

TSAM bersama Penyokong TRW London

Apr 20, 2014
Hit: 637
Written by
TSAM bersama Penyokong TRW London

Jumpa TRW London ...semua Tanya "GUANO TRW LO NING"....ambo jawab "supo MU"

Read 637 times
Rate this item
(0 votes)

Terbukti kata-kata itu doa

Apr 19, 2014
Hit: 720
Written by
Terbukti kata-kata itu doa

Bagaimana Motivasi diri dapat mencipta semangat dan kejayaan:

Pengendali Liverpool Brendan Rodgers: "Saya akan membawa pasukan kembali ke puncak liga. Sudah tentu saingannya adalah melalui empat pasukan yang berada di atas. Bagaimanapun saya yakin dan tidak akan menyerah kalah merealisasikan impian itu" 18 Januari 2014

Pengendali The Red Warriors: "Kita tidak mempunyai apa-apa target Piala pada musim ini selain meremajakan pasukan. Kita akan pastikan pasukan kita kekal dalam saingan Piala AFC 2015." 18 Januari 2014

Terbukti kata-kata itu doa. Lihatlah 18 April 2014 dimana pasukan mereka.

Read 720 times
Rate this item
(1 Vote)

Kenali Farisham

Apr 18, 2014
Hit: 736
Written by
Kenali Farisham

Ok respon saya mengenai Farisham Ismail. Bila sebut Farisham, terbayang Rizal Fahmi. Sepanjang mereka bersama, Kelantan FA menjadikan mereka sebagai pemain tangkap muat dan posisi bek utama di tengah bukan stabil milik mereka. Mereka berdua ibarat Ramzul dan Nizad. Kelantan product yang boleh dijadikan tunjang tetapi kerana wujudnya pengambilan pemain benteng luar dan rancaknya produksi pemain posisi bek dari skuad Piala Presiden saban musim, mereka berempat menjadi diletak didalam level Rotation Squad. Untuk menjadi regular adalah satu kesukaran buat mereka. Kerana kerap direhat dan dirotate, akhirnya persembahan yoyo dan sejak bersama Cikgu Jan lagi mereka bukanlah Key Player pada pasukan Kelantan.

Musim lepas bergelut dengan kecederaan, Bojan banyak mengaplikasi beliau di wide, Farisham boleh bekerja di semua posisi benteng kerana ada kelebihan Work rate yang jarang dimiliki oleh pemain lain. Walaupun kekok di beberapa situasi terutama basic penting iaitu memusingkan tubuh dan kecerapan membaca bola, kerana kerajinan 'meligan' bola tak kira situasi, beliau boleh dikategorikan sebagai pemain yang bermati-matian demi pasukan pada setiap perlawanan. Kalau saya boleh gambarkan beliau pada pemain antarabangsa, kita boleh bayangkan dia seperti Joleon Lescott jika bermain di bek tengah, kalau main di wide boleh bayangkan sebagai Chris Smalling. Antara ciri positif padanya ialah mempunyai nilai fokus yang bagus pada setiap perlawanan, jarang melakukan kesilapan pada tackle, tetapi sayangnya kerap melakukan kesilapan tertinggal bola atau membaca kedudukan bola yang silap pada situasi genting.

Sebelum Bojan, beliau juga jarang diberi peranan sebagai Cente Back. Bayangkan ketika Wan Rohaimi sedang berusia pun dia tak boleh nak curi posisi bek tengah dari kuda tua tersebut, lalu terperosok di bangku simpanan dan sesekali di rotate di wide untuk memberikan nafas kepadanya. Ada juga pemain dunia yang boleh menjadi lebih baik jika banyak dirotate selalu tetapi kebanyakannya akan menjadi lebih lemah bila terlalu diberi banyak peranan di tengah, kiri dan kanan. Bayangkan Micah Richard, tenggelam ke dasar yang tak bertepi lagi apabila selalu dirotate dan merudum, kemudian kritik coach yang rotate beliau lalu dijadikan pekasam terus akhirnya karier sudah terkubur. Farisham seorang yang taat, beliau begitu berdedikasi kepada pasukan, sebab itu ketika usianya sudah meningkat, panel jurulatih di Kelantan merasakan kematangannya sudah sesuai menjadikan dia Key Player Kelantan.

Ketika musim-musim lepas Kelantan berbangga dengan kecemerlangan bek dan penjaga gol, terutama notable moment gandingan Subra dan Obinna, Farisham masih lagi menjadi nama kecil, ketika Rizal mengambil peluang untuk berhijrah dan mendapat National Call-up, Farisham menghabiskan usia bujang beliau dan menambah dedikasinya kepada TRW akhirnya tiba Pre Season musim 2014 dengan kehadiran coach baru yang mencuba resepi 3-5-2 dan Zonal Marking System, dengan pulangnya Coach Hashim dari pengembaraan gagal mencari lesen A, Farisham yang baru fit dari kecederaan setelah mendapat peranan agak ok di saingan Piala Malaysia, tiba masanya dia menjadi nadi penting kepada pasukan.

Ketika penghijrahan keluar Rizal, Subra, Daudsu dan Azizi, tinggalkan pemain bek sedia ada bagi posisi Centre Back iaitu budak Piala Presiden sahaja selain Obinna, lalu diserap Nazri Ahmad dari JDT yang boleh serba sedikit bermain di semua posisi bertahan juga, berperwatakan hampir sama dengan Farisham, namun jauh bagus Farisham dari segi dedikasi dan fokus. Ok mari saya ceritakan keperluan asas sebagai CB yang bagus, yang pertama ialah kesepaduan persamaan antara dua CB. Yang mana kita nampak tak ada masalah bab ini bagi Farisham untuk pairing dengan Obi pada awalnya, tapi akhir nya terkubur kerana sistem pertahanan yang dibawa oleh coach Inggeris ini kahu Obi lebih berperanan sebagai pensetup gerakan awal ketika mahu menyerang. Jadikan Obi sebagai bek yang sedikit naik keatas, Darby sangka tak ada masalah kerana dia main 352 Poknik ada untuk pair dengan Farisham ketika peranan Obi sudah dibentuk dari awal oleh coach baru. Namun ada kejutan yang berlaku, coach terpanggil untuk menerima kritikan penyokong lalu memecahkan dominasi 352 secara serta merta.

Oleh itu pertukaran formasi mengganggu flow pertahanan dari segi persahaman dan pairing antara CB, rosak perancangan awal, namun sistem bek naik keatas dan main perangkap offside masih diteruskan. Disini yang mencacatkan prestasi Farisham sebenarnya, bila terpaksa cover kerja Obi, beliau ada kelemahan bukan dari segi kelajuan dan speed, tetapi dari segi kekalutan, ini kelemahan peribadi yang jelas terlihat bila sistem coach tidak mengena dengan kemampuan pemain. Selain bek tak marking, naik keatas buat perangkap offside, gaya gagal Darby juga ialah tidak memanggil bek tepi untuk masuk ketengah membantu CB. Akhirnya Farisham kelihatan tidak mampu lagi menahan serangan dan membaca arahan coach secara sekaligus. Musim lepas Poknik yang banyak mengambil pairing dengan Obinna diarah berkongsi posisi kanan dengan Faim. Kononnya Poknik sebagai mentor Faim berkongsi sambil belajar. Akibat ketagihannya penonton pada gaya bek kanan kental overlapping seperti Daud, maka Farisham, Poknik dan faim ketiga-tiga mereka bukan tipikal seperti Daud. Itu lah punca fans mengamuk.

Seluruh sistem pertahanan Kelantan diubah, manakala fans terbayang Subra, Daud, Mamat dan Poknik sebagai back up adalah bek Kelantan musim ini setaraf dengan kekuatan bek 4 terbaik Kelantan pernah ada, fans memberontak bila bukan sahaja bolos menjadi persoalan tetapi ketika serangan tak merbahaya lawan pun bek nampak gentar dan 'kucah' dari awal, ini punca stadium tak penuh kerana bolos awal selalu berlaku dan tidak meyakinkan walaupun menang, ini yang fans mengamuk pada sistem coach, pada pemilihan pemain seperti Farisham dan Tengku dijadikan Regular, ini sesuatu yang out of mind sebenarnya Poknik bek muda terbaik negara terpaksa di rotate ketepi demi membuka jalan kepada senioriti Farisham memandangkan tak ada back up plan yang bagus. Kalau Poknik dikongsi posisi jarang-jarang dengan Farisham fans kurang marah, tapi 15 perlawanan nak jumpa sekali Poknik main CB pun payah, sedangkan Poknik mendapat Call up negara kerana kehebatan beliau sebagai dikatakan jelmaan terbaru Zahasmi, manakala Farisham pula, tidak pernah disebut sebagai pemain utama Kelantan yang perlu di berikan perhatian. Untuk tidak berlaku zalim kepada fns yang membayar tiket, saya terpaksa akui disini Farisham adalah tembelang yang harus dibedah untuk dibuang sisa sisa kotoran bersama Darby, Doe, Hashim dan Tengku. Sorry to say.

Masalah utama di back four kelantan bukan farisham. Sy simpati dgn farisham sntiasa mnjadi sasaran kritikan sdgkan 'kelocosan' sebenar adalah obinna. Sy menilai setiap perlawanan, take almost 4 hours for each game utk mmbuat ksimpulan, farisham kekadang menjalankan double/triple role utk cover up defense, menutup kepincangan/lubang yg ditinggalkan obinna, sntiasa out position..dia brkeja keras setiap 90 minit permainan, dan pd saya farisham mnjadi mngsa keadaan yg mana kesilapan2 dilakukan obina 'tidak nampak' di mata penyokong mungkn kerana dia berstatus import dan sudah memahat namanya sbgai commanding centre back kononnya..bolos +-35 gol setakat ini, disiplin yg lebih prlu diterap di barisan belakang..ini sekadar pandangan peribadi sy, moga mlm ini kemenangan milik kita, GKG

Read 736 times
Rate this item
(0 votes)
Antara benda bodoh yang Steve Darby lakukan

Laksana sembilu mencucuk lengan bila melihat Doe bergetar seluruh ototnya dengan ketul-ketulan berkocakan ketika bersemangatnya dia menahan bola laju yang di passing dan dia hanya perlu speed sedikit untuk mendahului seorang sahaja benteng yang ada didepannya sebelum dia boleh mentacap bola itu kegawang. Terpercik api kemarahan didada, bila bola itu ditahan dan diperlahan, di tarik ke tepi dan diacah seperti menunggu pemain lain untuk menerima hantaran. Tanya lah Juzaili Samion betapa lancarnya kerja mereka menjaga Doe. Doe sengaja tak sudahkan bola yang dia berpeluang dan manakala menetus sepakan deras bila berkeadaan susah untuk mensia-siakan situasi yang mungkin boleh diubah menjadi deretan peluang.

Aku juga terpana melihat hampir seratus kali gaya sama, menghantar bola panjang dari bawah ke Attacking Third dimana Doe berada disitu untuk kononnya menjadi Target Man. Dan dalam hampir seratus kali hanya dua kali Doe berjaya memetik bola itu, selebihnya benteng Sime Darby hanya menanduk tepat ke rakan lain memaksa Brendan terpaksa break kaki dan membuat pusingan kebelakang untuk kembali menahan asakan yang baru diterima. Skrip ini berlalu begitu lama, long ball meraban kononnya mencari Target Man, ya betul bola sampai, tapi kepada lawan yang mengunci Target Man tersebut, bayangkan saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri perkara menjijikkan ini di ulang didepan saya dengan kekerapan sebanyak mungkin.

Kenapa Amar merasa dia perlu relex dan mengurangkan penglibatannya ketika Kelantan setup bola dari bawah? ini kerana bola lambung menjadi pilihan. Akhirnya Amar menjadi pemain paling teruk diatas padang, yang kedua selepas Nazri Ahmad. Sehinggakan kawan saya yang professional dan seorang yang jenis tak percaya perkara diatur didalam liga, boleh dia terkeluar kata-kata yang Johor hantar Nazri dan Darby untuk menghancurkan Kelantan dari dalam. Memang mustahil, tapi perkara ini terfikir senegatif itu kerana persembahan buruk dia dua orang yang pernah bermajikan dengan kelab di selatan. Nazri sengaja tidak mahu kejar pemain lawan, yang mana winger kanan Sime Darby saya letakkan sebagai senjata paling merbahaya mereka iaitu Fakhrulrazi, sentiasa mendahului Nazri dan Nazri tunggu untuk tackle dari belakang sahaja, dalam masa singkat hampir 10 kali dilakukan perkara sama. Dia dikeluarkan selepas bench kejurulatihan merasakan dia hanya bermain untuk tackle lawan.

Sepanjang 25 minit pertama bola melayang ke kawasan kanan sahaja iaitu melibatkan Poknik dan Pokcek, yang mana ini sahaja jalan menyerang cara bola rendah di buat dan deretan hantaran asas pemain TRW kepada kawan hampir 90% disambar oleh pemain lawan. Ini satu proses untuk meninggalkan permainan bola rendah secara ikhlas dan memaksa diri melakukan Long ball dengan keterpaksaan. Piya kononnya pura-pura rajin turun kebawah dua kali untuk mensetup gerakan, mengambil bola dari Obinna dan cuba berlari seorang tanpa melihat Brendan dan Amar sebagai penolong pensetup gerakan dari bawah, mungkin dikepala Piya mencari Shakir dan Indra. Begitu tertekan gerakan kapten marvel yang diringi rasa gerakan dan hantaran bola rendahnya seperti diketawakan sahaja oleh Coach berbangsa Inggeris yang hanya menggunakan Obinna dan bek empat lain sebagai pensetup gerakan, manakala Amar, Piya dan Brendan dijadikan tempat menahan asakan lawan ketika dibalas gerakan.

Fitri Omar begitu keseorangan diatas bila Nazri menjadi tunggul mati dibawah, Fitri juga hilang desire untuk sesekali cuba gaya memasukkan bola melalui tengah kerana terpaksa melakukan cross dalam apa jua keadaan. Hanya melalui wide sahaja ada gerakan merbahaya tapi semua Attacker merasa hiba dan sedih bila hantaran mereka kepada Doe dimatikan gerakan bola, di acah bek lawan kononnya Doe adalah Drogba Kelantan pada hemat dirinya, semua bola hantarannya gagal dan semua cubaan membawa masuk bola sendiri di sekat oleh bek Sime Darby. Kemudian pemain berlari kesana kesini di layan gerakan counter lawan sehingga letih. Pokcek sudah menjadi pertahanan di kawasan tengah, menjadi penjaga keadaan di setiap counter attack. Keseragaman pemain lawan yang mempunyai semua pemain import yang bermain sepasukan, membentuk gerakan laju yang ibaratnya Farisham nampak terkulai longlai seperti menentang pasukan dari eropah. Ibu Farisham sepatutnya menyediakan bekalan dua biji penadol kepadanya untuk perlawanan ini.

It was awful night, perasaan ingin tinggalkan stadium jika cara permainan tak berubah di separuh masa, tapi timbul terdetik kasihan masih ada didalam kepala, melihat pemain bertungkus lumus bermain tanpa pimpinan jurulatih, tanpa teraju, ibarat orang buta bermain catur yang sengaja dipusing-pusingkan papan catur agar kedudukan buah catur sentiasa berubah. Hasil dari beberapa percubaan yang berlaku tanpa gerakan cantik atau tersusun dari setup kawasan bawah, dua kali terkena tiang, satu swing crossing Fitri mengena palang dan tandukan Free header Piya juga meletup membias di batang palang. Selain jika hanya dua bola bahaya itu menerjah masuk, dua sepakan penalti yang boleh diberi kerana kekalutan didalam kotak, ketika itu Sime Darby mendahului 2-0 mungkin referee boleh beralasan kedua-dua nya Ball to hand, jika tidak dengan penuh kasihannya hanya itu sahaja kemungkinan peluang untuk menyamakan kedudukan 4-4, walaupun apa yang saya cakap ini demi sebuah simpati tapi bukan sebenarnya mereka mampu untuk menjaringkan satu gol pun walaupun berusaha kerana Doe juga berusaha untuk menipu mata ramai bahawa dia bersungguh tetapi jadi seperti tak pandai mengawal bola sahaja. Etnik kaum pangan yang bercita-cita besar.

Antara benda bodoh yang Steve Darby lakukan ialah terpaksa mengeluarkan Nazri sebagai bek kiri, memasukkan Iwe Seli sebagai Wing kanan, apa buta kah mata aku melihat Iwe bermain Wing kanan, mendorong Pokcek ke sayap kiri dan Fitri yang menjadi Attacker terbaik Kelantan selama 55 minit terpaksa turun bermain bek kiri menggantikan Nazri. Hashim Mustapha punya idea worldclass, menrotate pemain Like A Boss. Tindakan bodoh ini memaksa Kelantan tidak mampu menggandakan asakan ketika ketinggalan 2-0. Sepatutnya dua pemain import Sime Darby sudah tidak menyerang apabila Kelantan mempunyai kehendak untuk membalas 2-0 menjadi mungkin 2-1 untuk segera mengejar. Ketika itu penyokong Kelantan begitu berjiwa besar mengharap Kelantan hanya didahului 2-0 tidak menggusarkan kerana menentang pasukan kecil, senang untuk buat Comeback. Lalu sorakan bergema dengan penuh semangat untuk menjadikan teraju Kelantan kembali bergerak untuk menyerang mencari gol penyelamat, tetapi ketika keghairahan sorakan Kelantan dihukum dengan gol ke-3. Caca merba Obinna dan Farisham membuat lawak sadis ketika kita perlu mencari gol pertama, ini hadiah palsu kepada kesungguhan penyokong beriya-ia membangkitkan semangat pemain.

Sejak minit ke 46' sehingga ke tamat permainan dua kali sahaja Steve megubah kedudukan silang sikunya menonton bola tanpa jiwa. Ketika Piya ditackle dia menggerakkan tangannya seperti seorang pemain wayang kulit lalu fisio bergerak pantas membantu Piya yang cedera, yang kedua ketika cuba membantu ambil botol air ketika pemain haus, itu pun pemain tak layan. Kemudian seperti diva seorang lagi melenting tubuh didalam padang, diva di luar ini tercegat melihat anak buahnya di tunjukkan cara bermain bolasepak oleh pasukan pertengahan liga M. Sampai tamat permainan walaupun memasukkan Ghaddar, pemain sudah tak ada kehendak untuk menjadikan kedudukan 3-0 diubah menjadi 3-1, hanya Brendan kelihatan berlari tanpa henti dan memaki Obinna dan Poknik 2-3 kali kerana meminta bola, mahu bermain cara rendah tetapi mereka berdua tetap dengan gaya kesukaan Steve, melambung bola menuju kearah telur pemain serangan. Gaya begini sesuai jika Kelantan mempunyai midfield berpengaruh seperti Safiq Rahim.

Gol keempat hadiah sepanjang musim kepada Steve, gol lambaian kesedihan pemergian jurulatih itu. Gol ini hasil penat lelah membentuk gandingan bek terbaik Malaysia iaitu Farisham dan Obinna. Ini memang terbaik, hadiah terakhir mereka berdua buat mentor mereka yang mengajar mereka naik keatas, ajar cara perangkap offside dan mengajar mereka cari melepaskan marking keatas penyerang lawan. Penat lelah setengah musim bersama Coach yang paling pandai mensetup bek tengah pasukan Kelantan, selamat tinggal Darby, kenangan 4-0 diayamkan pasukan kelab di Selayang akan dikenang oleh mereka yang hadir ke stadium, bersyukurlah kerana babak ngeri ini tidak ditayangkan secara langsung di kaca Tv menjadikan penutup yang memalukan hanya diketahui oleh 10 ribu penyokong Kelantan di Lembah Klang untuk terus di kenang sebagai persembahan terkeji Steve Darby sepanjang musim ini. Farewell coach, we pray your healthy condition for your retirement. Astro Supersport want to add you as Match Pundit, hope you make it better life there. Farewell.

Maaflah tak tulis sangat pasa Gameplan & Tactical review, baik tengok konda dondi dan buat liputan kat sana lagi bagus.

Read 1033 times
Rate this item
(1 Vote)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram