Komuniti

Kagum! Badan kecil jiwa besar

Apr 15, 2014
Hit: 483
Written by
Kagum! Badan kecil jiwa besar
Hati tersentuh melihat AIR MATA si kecil ini setelah kena 4-0....
Airmataku hampir jatuh melihat airmatanya...
Walaupun kecil...dia dapat merasakan denyut nadi maruah yang tercalar....
Walaupun lahir dan dibesarkan di Lembah Kelang....
Dia tidak rela maruah Negeri susur galur keturunannya dipermainkan oleh sebuah
Pasukan yang berstatus kelab.....
Dia tahu bahawa pasukan yang disokongnya adalah pasukan GERGASI.....
Wahai KAFA.....
Lakukan sesuatu untuk mengeringkan airmatanya...
Semoga untaian senyuman kepuasaan terpancar di wajahnya.....
Cc: Ajjiq Adam
Read 483 times
Rate this item
(0 votes)
Rombongan penyokong Kota Bharu ke Selayang

Sime Darby melawan Kelantan 15/4/2014: Rombongan kelab penyokong Kami Memey Sporting dari kelate ke selayang untuk game male esok.. doakan semoga mereka selamat sampai ke destinasi. InsyALLAH Aamiin. . .
by Meezan DeFella

Read 345 times
Rate this item
(0 votes)

Kelab mana kelab penyokong sebenar TRW?

Apr 14, 2014
Hit: 449
Written by
Kelab mana kelab penyokong sebenar TRW?

Dalam setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan FA di stadium Home atau Away kehadiran penyokong yang terlibat dengan mana-mana kelab penyokong atau Ultras yang bertaburan di Kelantan mahupun di Lembah Klang dan lain-lain kawasan biasanya jika dikumpulkan mereka didalam stadium lebih kurang antara 5% sehingga 15% sahaja. Soal keahlian kelab dan keterlibatan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh digenggam atau menjadikan ianya perkara utama kerana tak ada Persatuan Negeri Yang benar-benar menaungi kelab penyokong lalu semuanya menjadi tidak rasmi. Oleh itu penilaian anugerah kelab penyokong terbaik dipilih secara rawak sebagaimana rawaknya penyokong menyertai kelab penyokong yang semuanya tak rasmi.

Sebab itu bukan KAFA atau mana-mana kelab penyokong yang boleh mengawal lebih 75% penyokong yang hadir di setiap perlawanan di mana-mana stadium. Penyokong yang datang tanpa pempromosian KAFA atau Kelab Penyokong boleh menyoal "kau siapa?" kerana mereka benar-benar rasa mereka berdiri atas tiket sendirian berhad. Lain lah anda mendapat apa-apa kelebihan material dari mereka.

Jadi kelab penyokong yang sebenar ialah mereka yang dapat tiket free setiap masa, diberi kenderaan tanpa bayaran untuk ke final, diberi hadiah merchandise, itu kelab penyokong sebenar yang mendapat benefit berbentuk material dari kelab atau mereka yang didalam kelab. Vvip sebenarnya Kelab Penyokong KAFA. Orang yang datang berhabisan dengan bertungkus lumus mencari duit demi sesuap tiket untuk dihadam ketika perlawanan jangan kau ungkit tanya nak jadi terbaik atau tidak, kerana selalu nya ada pilihan, 'untuk berada bersama-sama didalam' atau 'menyendiri didalam kelompok ramai tanpa teraju' yang bagi saya 25% vs. 75% pernisbahan yang mungkin tidak tepat tapi sekurangnya hampir kepada situasi sebenar mutakhir ini.

Read 449 times
Rate this item
(0 votes)
Apa pun saya sedia menjilat balik kata-kata saya jika Darby mampu berubah kearah kebaikan.
ditulis Muhammad Hafiz

Bermain menentang pasukan yang hanya banyak kali menyerang dengan gaya hantaran panjang, bola silang, target man on box, shoot luar box menjadikan taktikal coach mengarahkan bek perbanyakkan perangkap Offside adalah satu langkah yang tepat, yang mana Steve Darby berjaya mengamalkannya ketika bertemu LionsXii dan ATM.

Selain dari itu amalan perangkap Offside dilihat sia-sia jika menentang pasukan yang bermain hantaran pendek, hold ball luar box, banyak passing terus kedalam box dan counter attack kecuali jika melakukan Tight Marking. Jika bermain tight marking, bek tengah tidak boleh naik dan selalunya akan bermain Deep dan perangkap Offside boleh dibuat jika benar-benar fokus, disiplin dan bek tidak meninggalkan posisi. Steve Darby gagal ketika bertemu JDT dan Selangor kerana eksperimen perangkap Offside dibuat tetapi bek melakukan Loose Marking ataupun bek bebas meninggalkan posisi.

Ini sebenarnya intipati dari awal musim kenapa perbezaan gaya Defensive oleh Darby dengan coach sebelumnya menjadikan bek pasukan Kelantan begitu mengecewakan. Lawan LionsXii dan ATM walaupun taktikal Darby tak meyakinkan tetapi taktikal kebetulan mengena dengan gaya pasukan lawan menerapkan serangan. Ini boleh dikatakan sebagai nasib, namun dalam bolasepak ianya dilihat sebagai perancangan dan persediaan coach. Gamble dengan taktikal apabila mengagak taktikal coach lawan kemudian membacanya ketika perlawanan berlangsung dan terakhir keputusan coach untuk mengubah plan setelah selesai membaca gaya penerapan taktikal coach lawan.

Corak permainan pula adalah perkara berbeza. Gameplan merupakan mengikut kehendak dan kemampuan pemain, tidak termasuk dengan gambling coach membaca tugasan lawannya diatas padang. Keputusan untuk mengubah apa-apa ketika perlawanan berlangsung saya lihat Darby punya banyak gaya pada planning perubahan. Antaranya menyuruh sebelah dari sayap turun atau masuk ketengah, menyuruh flanker kadang-kadang masuk ke box untuk lebih menjadi second striker, selain penukaran posisi beberapa pemain Utility dicuba mengubah sementara beberapa pemain dan arahan sebegitu sebenarnya bijak, namun belum mampu diadaptasi oleh pemain.

Tak mungkin coach yang berpengalaman menjadi basi-basi seperti tidak memahami basic taktikal sesuai dengan pemainnya atau tidak. Ini tidak mungkin berlaku keatas Darby walaupun usia dan kesihatan mungkin mengganggu formnya, adalah tidak munasabah beliau tidak tahu pemain nya suka atau tidak atau mampu atau tidak mengamilasi taktikal beliau. Kecuali ada beberapa buah fikiran tambahan atau campur tangan yang tidak ngam dengan apa yang sedang mereka eksperimen kan. Mungkin dalam tempoh percubaan beberapa bahagian, Darby lupa beliau sangat statik pada gaya permainan iaitu Long Ball yang 'berseleheng' dengan beberapa bahagian lain dalam kejurulatihan yang menjadikan perkara ini tidak ngam tanpa disedari.

Selain itu, Darby ada melakukan perubahan di beberapa bahagian dalam penerapan taktikal tetapi sayangnya bukan perkara itu yang lebih dahulu perlu diubah, yang utama ialah mengubah corak arahan bola hantaran panjang yang tidak sesuai dalam banyak perlawanan. Long ball adalah bukan perkara yang kita semua tolak mentah-mentah, tetapi perlu ubah suai corak hantaran, Darby tidak kaji musim-musim sebelumnya Kelantan tidak bermain sebegini, termasuklah ketika zaman Butler, gaya English football yang berbeza dirancang ketika itu.

Perlawanan tempohari di Selayang ada sedikit perubahan pada pengubah suaian, yang mana dikurangkan hantaran panjang yang tidak berasas. Walaupun masih ada di buat, namun dengan Gan dan Amar bermain setup awal bola rendah, keinginan untuk lambung bola dari bawah sudah dikurangkan. Mungkin Gan penyelamat pada taktikal Darby tapi siapa tahu kerana ianya percubaan sahaja, eksperimen dan perkara bagus biasanya akan masih diubah-ubah dan perkara negatif dibiarkan tanpa pengubah suaian yang betul-betul memerlukan.

Elemen gaya kerja perlu diubah, saya masih ingat separuh masa pertama tamat ketika perlawanan ATM di Kota Bharu, Piya keluar padang waktu rehat dengan mulut terkumat kamit membebel. Ianya menjadi tanda tanya Piya merudum dan saya rasa ianya kerana ketika Piya down tak ada cover yang bagus untuk menutup kekurangan beliau. Piya bukan tak pernah merudum pada musim 2012 dan 2013, malah banyak kali dan ada berturut-turut, tapi dia bersyukur kerana mempunyai Indra, Shakir dan Farhan untuk menutup kekurangannya, Piya kerap lost dan tak dapat di hidu kewujudan peranannya dalam banyak perlawanan dua musim kebelakangan, namun performance pemain yang melinkunginya menutup kehanyutan yang berlaku. Musim ini partner silih berganti, sayap kanan tak pernah stabil dan Zaharul lebih berfungsi untuk cover Ghaddar dari dirinya.

Oleh itu virus perlahan lahan berjangkit dari Darby kepada Doe dan sekarang kepada Piya. Kalau tak dicegah, merebak lah ia dan amat bahaya jika kemeruduman berlaku lagi dan ironiknya terakhir beliau benar-benar merudum ialah zaman Butler, juga jurulatih berbangsa Inggeris, iaitu dalam linkungan 10 perlawanan sebelum dia cedera panjang dalam perlawanan hujan lebat menentang Pulau Pinang 5 tahun yang lepas. Kalau Gan diberi peluang lagi untuk bermain dibelakang Piya, ada dua kemungkinan boleh berkau, Gan boleh membantu cover prestasi Piya untuk menolak Piya kembali form atau Gan merampas peranan Piya dan meneggelamkan nama kapten marvel untuk musim ini, kemungkinan boleh berlaku. Saya nampak Piya tak ngam dengan taktikal Darby sekarang.

Untuk mengakhiri penulisan analisis taktikal terkini TRW, saya ingin rungkaikan, jika Darby boleh berubah dan tiba-tiba berjaya memenangi piala FA, tak mustahil Kelantan akan bangkit dibawah kendalian nya dalam kempen Piala Malaysia. Ini perkara yang saya tak gemar, kerana saya pertahankan pendapat saya untuk tidak lagi mahu melihat hantaran panjang gaya meraban Darby dalam saingan Piala Malaysia yang saya ambil serius yang Kelantan perlu rampas balik piala itu, walaubagaimana sekalipun. Jadi saya berdepan dengan dua situasi sukar, samaada terus bersama Darby atau terpaksa menerima Darby yang baru, yang bermain gaya menarik dan jenis dengar kata, bukan bodoh sombong. Apa pun saya sedia menjilat balik kata-kata saya jika Darby mampu berubah kearah kebaikan.

Read 417 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram