TRWC

Demi Kelate kita pakat sokong belako!!!

Semasa wisel perlawanan pertama Piala Malaysia ditiupkan, semua mata tertumpu kepada reaksi penyokong Kelantan adakah mereka masih tunggu dan lihat prestasi semasa pasukan kesayangan mereka atau akan tetap memenuhi stadium mereka 19 ogos nanti terus menjadi tanya.

Ini bukan isu boikot perlawanan tetapi mereka rasa terkilan dengan persiapan hambar TRW dan kenyataan TSAM yang lebih memberi fokus kepada persiapan pada tahun 2015 berbanding tumpuan kepada Piala Malaysia ini. Seolah-olah tiada harapan apa-apa pada saingan Piala Malaysia 2014 ini.

Namun jika diamati semangat yang ditunjukkan Ultras Kelate, Kelab TRW Wilayah Timur dan Kelab Kelantanese Chinese Football Association (KCFA), tidak mustahil selasa depan akan memecah segala kesunyian stadium Sultan Muhammad ke IV dengan kehadiran ribuan penyokong yang rindukan aksi pemain-pemain kesayangan mereka beraksi.

Lupakan segala isu negatif berkaitan pasukan, lapangkan dada demi kejayaan pasukan Kelantan ayuh kita ajak beramai rakan-rakan, saudara mara dan seluruh rakyat Kelantan memenuhi stadium dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi demi melihat Kelantan menang dalam setiap perlawanan yang ditempuhinya.

Maghi pakat ramai-ramai kita ajok belako ke stadium......GOMO KELATE GOMO....DEMI KELATE BEREH BELAKO....

 

Rate this item
(1 Vote)
JDT 1-0 Kelantan: Kupasan penyokong

Kalau di ikut kan TRW lebih lengkap dengan pakej pemain fresh dan kurang yang injury serta kehilangan hanya seorang pemain utama. Walaupun Gan dan Piya tidak starting namun mereka dilihat disimpan untuk sebuah plan mantap Boateng. Namun sudah pasti DTFC lebih lengkap kekuatan dari segenap segi walaupun menyenaraikan hampir separuh pemain simpanan. DTFC kurang menyengat saya percaya kerana ketiadaan 4 pemain penting mereka iaitu Figueroa, Diaz, Amri dan Mahali. Kerana itu flow permainan DTFC kelihatan tidak sempurna, seimbang dengan lawan mereka.

Pada separuh masa pertama, kita tidak boleh menidakkan kekurangan bakat pemain TRW terutama lemah pada pergerakan hantaran bola yang mana DTFC lebih baik. Selain itu sudah pasti kekurangan misi dan taktikal jurulatih, Bojan lebih bagus dari Boateng, dengan paparan berbeza Boateng mencampur aduk pergerakan melalui tepi dan hantaran bola panjang manakala Bojan mengarahkan hantaran cepat dan rendah dengan Urgency yang hebat ada pada Haris dan Shakir. Hantaran pemain TRW banyak tersangkut ketika mencuba untuk bermain bola rendah, dengan Amar dan Fitri Omar langsung tak ada chemistry serta gabungan yang bagus ditengah, hantaran mereka berdua dan Forkey Doekebanyakan gagal sampai kepada Iwe Seli dan Fakri.

Sebab itu pemain mencuba untuk membawa bola masuk, namun siapalah Attacker TRW nak banding dengan bek DTFC. Boateng sudah mempelbagaikan corak permainan, tidak perlu di kritik kerana ianya sudah memadai untuk menghalang dari Bojan membaca permainan TRW. Namun ketika Boateng mahu membawa senjata sulitnya melalui Kecik namun Bojan bersiap sedia dengan meletakkan Aidil untuk menahan asakan Kecik. Gagal nya Kecik malam ini menunjukkan TRW sudah tak ada senjata sulit lain, lalu sejak itu Boateng menyerap semangat pemain TRW, dari segi semangat kita boleh puji TRW kerana semangat yang ada melebihi semangat pemain DTFC. Walaupun begitu sudah biasa berlaku pasukan yang lebih lemah dari DTFC pastinya bermain lebih semangat.

Gol DTFC yang hadir ketika TRW semakin berubah lebih positif dengan corak permainan menyerang yang meyakinkan, ketika separuh masa kedua tiba giliran DTFC pula diasak dan bermain Counter Attack. Kerana fungsi Amar agak kurang untuk bertahan Hussain kerap naik keatas kerana Boateng tahu kelemahan Hussain akan lebih nyata dimata umum iaitu jika Hussain jenis bek menunggu maka dia biasanya di beat dengan senang lalu Boateng mengarahkan Hussain sedikit naik keatas. Gol DTFC betul-betul gol yang hadir melalui pergerakan yang bagus, Counter Attack yang cepat dengan speciality yang ada pada Haris dan Shakir ialah setup gerakan cepat di tengah, ini yang membezakan TRW dan DTFC malam ini.

Maksud saya DTFC tidak berharap kepada nasib untuk menggerakkan setup bola dan menghasilkan gol. Ini menunjukkan kekuatan dan keseriusan mereka. Ini menunjukkan mission yang ada pada coach mereka. TRW pula lebih kepada gerakan yang melalui hantarannya berharap nasib boleh menjelmakan hantaran tiba-tiba tepat dan tercetusnya gol. Pendapat saya ialah gerakan mencari gol oleh TRW lebih kepada berharap ianya dicetuskan dengan miracle, bukan dengan rancangan gerakan yang jitu seperti gerakan gol DTFC. Sebab itu Attacker TRW agak Suffering dalam mencipta keserasian semasa menyerang.

Sepatutnya TRW sudah boleh mengejutkan DTFC dengan jaringan awal separuh masa kedua, ketika flow gerakan mencari gol agak bagus ketika itu. Sepatutnya juga Hussain dan Farisham boleh mengelak Through Pass Jasazrin dari sampai kepada Safiq. Jika kedua perkara sepatutnya berlaku ini berlaku baru lah kita boleh cakap Referee sepatutnya menghadiahkan sepakan penalti pada satu peluang jelas penalti di hujung masa permainan. Walau ianya patut, ianya Claimed-Penalty pada akhir hujung masa permainan dan di gelanggang lawan. Walau bagaimana pun patut, kita kena akur ianya usaha di hujung masa yang agak terlambat dan di sebuah lokasi di stadium lawan. Kalau berlaku pada pasukan lawan di KB pun kita akan kata "halal-beralal" lah sebab kita cuma leading satu gol di gelanggang sendiri.

Kalah tipis yang sudah boleh dibanggakan namun kebanggaan itu terbantut dengan satu penalti yang wajib diberikan kepada kita. Oleh itu kita tidak bangga, sebenarnya salah tidak bangga dengan kekalahan bermaruah hanya kerana pengadil tidak berpihak kepada kita. Bangga lah dengan kekalahan yang tertanggung kerana nasib tidak dipihak kita dan kekurangan yang tak terkira di pihak kita. Boateng kena kurang kan Long Ball meraban jika tidak dia tidak Long Enough untuk berada di KB untuk musim depan kerana untuk menjadi tempat ke-2 di kumpulan ini mungkin tidak berjaya dilaksana kan jika Boateng lalai.

Rate this item
(1 Vote)
"Sistem pembesar suara ganggu perlawanan" Pegawai media TRW

Penggunaan sistem pembesar suara oleh pasukan Johor DT dan Kumpulan BOS (Ultras JDT) dikatakan telah membingitkan lagi suasana perlawanan sehinggakan ada ketika wisel pengadil gagal didengari. Gema bising yang terhasil hampir menyamai bising yang terhasil daripada tiupan vuvuzela ketika perlawanan final Kelantan melawan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Insiden seperti tidak pernah berlaku dalam liga eropah meskipun dalam Liga German digunakan untuk sekadar menaikkan semangat pemain ketika perlawanan berehat tetapi tidak digunakan ketika perlawanan berlangsung. Situasi ini harus dibendung segera oleh FAM sebelum pasukan lain mengambil langkah yang sama untuk perlawanan mereka nanti.

Pihak KAFA diminta mengadu perkara ini kepada FAM dengan kadar segera. Pegawai media TRW Mohd Zuki yang berada di padang sepanjang perlawanan turut terkilan dengan bunyi bising ini.

Haramkan Penggunaan Sistem Pembesar Suara untuk sorakan penyokong di dalam stadium.........

Rate this item
(7 votes)
"Pengadil ramai pun buta" Penyokong TRW

Inilah antara kata-kata yang terpaksa diucapkan untuk perlawanan pertama Johor DT menentang Kelantan di Stadium Larkin yang berlangsung malam tadi.

Perlawanan ini berkesudahan Johor DT menang 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim dan Kelantan terpaksa menerima kekalahan akibat kecuaian pengadil menilai situasi yang sepatutnya Kelantan diberikan sepakan penalti.

Kesemua pemain Kelantan beraksi dengan baik di separuh masa pertama dan kedua namun nasib tidak menyebelahi mereka. Kelantan dilihat hanya gagal membentuk pemain tengah yang mantap. Walauapapun keputusan kalah ini diharap mampu membangkit semangat seluruh pemain dan penyokong Kelantan untuk terus memberikan semangat dan sokongan padu kepada pasukan dalam menghadapi semua baki perlawanan.

Terus bangkit dan setia menyokong pasukan kesayangan anda. GOMO KELATE GOMO....................Pasuke kito perluke demo tuuu...

Rate this item
(5 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram