TRWC

Selamatkah sang kijang dalam kandang harimau selatan esok?

Mampukah Kelantan menebus rekod kekalahan menentang JDT di tempat lawan? Ini antara persoalan yang bermain di kepala seluruh penyokong Kelantan, namun ada juga segelintir penyokong TRW yakin, pasukan kesayangannya akan memecah rekod Larkin malam esok.

Perlawanan esok dilihat sukar dihadiri oleh penyokong TRW berdasarkan faktor perlawanan berlangsung pada hari berkerja, situasi kewangan yang tidak mengizinkan dan faktor-faktor lain.

Harapan kemeriahan sokongan pasukan Kelantan akan di letakkan sepenuhnya kepada seluruh penyokong yang berada di sekitar Johor Bharu, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Ribuan sorakan penyokong JDT diharap bukanlah penghalang kepada pasukan dan penyokong TRW untuk berusaha habis-habisan memastikan Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Menurut ramalan peminat bolasepak Malaysia, diatas kertas pasukan JDT adalah pasukan pilihan sebagai juara kumpulan C, manakala Kelantan antara pasukan pilihan naib juara kumpulan dan mungkin dicabar sengit ATM serta Pulau Pinang.

Meskipun ianya sekadar ramalan, ianya tidak mustahil akan menjadi kenyataan jika sokongan dan semangat penyokong dan pemain TRW bergabung akan mencipta sebuah kejayaan diluar jangkaan semua.

Maghi pakat ggomo stadium Larkin....Jange cepat ngaloh puok kito...GOMO KELATE GOMO

Rate this item
(0 votes)
TSAM & TRW pasrah hadapi Piala Malaysia

Menjelang sepak mula Piala Malaysia rabu ini, skuad The Red Warriors akur dengan persiapan pemain yang masih kurang memuaskan, tanpa kehadiran Shawky, Brandan Gan dan beberapa pemain yang terpaksa direhatkan.

Harapan besar diletakkan kepada keajaiban ketua jurulatih George Boateng dan anak buahnya berdepan juara Liga Super Johor DT di Larkin rabu nanti. Sepanjang tempoh pra Piala Malaysia, Kelantan hanya mengadakan dua perlawanan persahabatan berprestij dengan berkesudahan menang menentang Terengganu dan tewas mengejut 4-1 kepada Kedah.

Sambutan penyokong The Red Warriors menghadapi Piala Malaysia juga masih ternanti-nanti kejutan daripada persembahan pasukan The Red Warriors, prestasi yang tidak menentu sedikit sebanyak membuatkan mereka seolah-olah berhati-hati atau memilih perlawanan dalam memberi sokongan.

Jika Kelantan tidak keciciran mata di Larkin nanti tidak mustahil aura bola sepak Kelantan akan kembali meriah. Sejujurnya tanpa berselindung memang ada penyokong yang setia dengan apa-apa saja keputusan TRW, namun sikap tunggu dan lihat prestasi masih menebal dalam setiap penyokong pasukan dalam Liga Malaysia.

Kepada pengurusan TRW fokuslah perlawanan Piala Malaysia terlebih dahulu daripada menjadikan Piala Malaysia tempat ujian kepada pemain import baru 2015 atau jika terkeluar awal mungkin persiapan 2015 boleh dijadikan alasan sebab tewas awal. Ko Guano? Ayuh kembalikan kemeriahan bola sepak Kelantan. GOMO KELATE GOMO.......

Tan Sri Annuar Musa
Piala Msia bermula rabu ini..Dgn apa yg ada agak berat bagi Trw..apa pun kita nak tengok apa sentuhan Boeteng dan para pemain..PRESTASI SETIAP DARI MEREKA AKAN MENENTUKAN DI MANA DAN KEMANA MEREKA 2015...berdasarkan tinjauan dan rundingan awal SAYA MENJANGKAKAN 2015 sangat menarik...TRW BAKAL BERTULANG BELAKANG DGN PEMAIN YG DI PILIH BERDASARKAN PRESTASI SEMASA 2014 dari LIGA AUSTRALIA,ASIA DAN LATIN AMERICA...line up juga bakal di bentuk awal SEBAIK SAJA MSIA CUP TAMAT..PRESEASON MUNKIN BERMULA SEAWAL OKTOBER LAGI...
Rate this item
(0 votes)
13 Ogos: JDT lawan pembuka gelanggang Kelantan

Kelantan akan bertandang ke Johor Bahru dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2014 pada 13 ogos nanti. Perlawanan ini dilihat akan menjadi pembuka selera seluruh penyokong Kelantan samada berjaya menarik mereka kembali ke stadium atau memilih menjadi penyokong tegar di alam maya atau depan tv sahaja.

Pengurusan bola sepak Kelantan perlu menjadikan perlawanan ini gah dimata penyokong bukan sekadar menjadikannya seolah-olah perlawanan pelengkap jadual sepertimana yang berlaku dalam saingan Liga Super meskipun Kelantan tiada target untuk Piala Malaysia ini. Ayuh sama-sama kita kembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan. GOMO KELATE GOMO. JANGAN HAMBARKAN BOLA SEPAK KELANTAN

Klik Download untuk dapatkan jadual Piala Malaysia.

 

Rate this item
(8 votes)
Kelantan gagal capai target 2014

Kekalahan Kelantan 2-3 kepada Terengganu semalam menutup tirai segala episod kegagalan Kelantan mencapai target yang diwar-warkan pada awal musim 2014 ini. Namun Kelantan bernasib baik masih berada dalam 6 pasukan terbaik Liga Super.

Keputusan malam tadi amat mengecewakan seluruh penyokong Kelantan kerana pada separuh masa pertama Kelantan gah mendahului 2-0 perlawanan tetapi dikecewakan minit-minit akhir perlawanan.

Ayuh peluang untuk Kelantan bangkit dalam saingan Piala Malaysia masih lagi ada dan janganglah kita mudah berputus asa sehingga sanggup bertindak menjatuhkan imej pemain-pemain kita. Jadikanlah media sosial dan sepanjang bulan puasa masa untuk kita memperbaiki segala kesilapan kita dan kembali dengan semangat baru semasa kempen Piala Malaysia bermula selepas raya nanti.

AYUH GOMO KELATE GOMO.............

Rate this item
(2 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram