TRWC

TRW 2014 asas kepada TRW2015

Penggantian pemain adalah berdasarkan LAPURAN BEKAS KETUA JURULATIH DAN MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN KETUA JURULATIH BARU SERTA KEMAMPUAN KEWANGAN KAFA..SEBAGAI MENGHORMATI PROFESSIONALISMA PEMAIN TIADA PERBINCANGAN TERBUKA MENGENAI SEBAB SESIAPA DI GUGURKAN..YANG PASTI PENCAPAIAN TRW ADALAH KEUTAMAAN DLM SEBARANG KEPUTUSAN..membina kekuatan Pasukan akan mengambil masa dan pastinya tidak mudah.Namun kita berusaha..Pasukan 2014 adalah asas kpd Trw 2015...

 

Rate this item
(3 votes)
George Boeteng pengendali baru Kelantan
Penantian penyokong Kelantan untuk mendengar pengumuman rasmi senarai pemain dan jurulatih Kelantan tidak sia-sia apabila Tan Sri Annuar Musa mengumumkannya pada 23 april 2014 pukul 7.10 malam waktu Belanda  (pukul 1.15 pagi waktu Malaysia).
 
Diharap pengumuman ini akan mengubah segala kelemahan dan kekurangan Kelantan pada masa ini serta dapat mengembalikan sokongan seluruh penyokong The Red Warriors.
 

Head Coach:GEORGE BOETENG(BELANDA)..DUA IMPORT BARU..PEMAIN PERTAHANAN IRAQ HUSSEIN ALAA SALMAN(MENGGANTIKAN KUOTA ASIA/MOHAMED GHADDAR)DAN PENYERANG PIALA DUNIA GHANA PRINCE TAGOE(menggantikan OBINA NWANEIRI)..SHAWKY DAN DOE KEKAL...SEMUA PEN JURULATIH KEKAL DAN DI TAMBAH DGN SIDEK MEMBANTU BOETENG...NAFUZI ZAIN MENGETUAI JURULATIH PIALA PRESIDEN..


Berikut senarai pemain dan jurulatih baru TRW:

Ketua Jurulatih: George Boeteng

Penolong Jurulatih: Hashim Mustapha / Zahasmi / Sidek

Pemain import:

  • Posisi pertahanan: Hussein Alaa Salma menggantikan posisi Obina Nwaneiri  (Ganti kouta asia Muhd Ghaddar)
  • Posisi penyerang : Prince Tagoe menggantikan posisi Muhd Ghaddar (Ganti kouta Obinna Nwaneiri)
  • Shawky dan Forkey Doe dikekalkan
  • Tiada pemecatan pemain tempatan seperti yang diwar-warkan di internet

Nafuzi Zain dilantik mengetuai jurulatih Piala Presiden.

 

Terus yakin dan bersemangat memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda ini. GOMO KELATE GOMO.................

 

Rate this item
(4 votes)
Piala AFC 2014: Kelantan dibelasah lagi

Perlawanan penutup yang menghampakan. Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh peminat The Red Warriors setelah tamat perlawanan secara langsung semalam. Kekalahan 4-0 kedua Kelantan pada bulan ini cukup memeritkan selain terpaksa akur dengan kelemahan pasukan Kelantan pada musim ini. South China 4-0 Kelantan.

Kelantan mengakhiri perlawanan Piala AFC ini pada kedudukan tercorot kumpulan G dengan keputusan berjaya menang 1 perlawanan dan tewas 5 perlawanan daripada 6 perlawanan keseluruhan. Jumlah bolos tertinggi peringkat kumpulan dengan hanya memiliki 3 mata.

Ramai penyokong bola sepak Kelantan berharap Kelantan menarik diri penyertaan Piala AFC andai ditakdirkan Kelantan layak melalui saingan Piala FA sekali lagi. Jika tidak layak sememangnya itu yang terbaik untuk Kelantan daripada menyertainya kemudian memberi beribu alasan apabila kalah atau gagal dalam saingan Piala AFC ini, seperti mana alasan keletihan kerana kepadatan jadual Liga Super dan mengharungi perjalanan yang jauh selain alasan kos yang dikeluarkan.

Situasi Kelantan sekarang amat memerlukan sokongan seluruh  penyokong The Red Warriors yang sering melaungkan kesetiaan dan jatuh bangun bersama pasukan. Kritikan membina juga diperlukan untuk membetulkan keadaan bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan. AYUH BANGKIT SELURUH PENYOKONG THE RED WARRIORS. BERILAH SOKONGAN ANDA TANPA BERBELAH BAHAGI..GOMO KELATE GOMO

 

 

Rate this item
(2 votes)
Siapa yang bakal didaftar dan digugurkan?

Desas-desus perpindahan masuk dan keluar pemain Liga Malaysia sampai kemuncaknya apabila pada hari ini tepat pukul 12.00 tengahari pendaftaran pemain baru akan ditutup.

Rate this item
(1 Vote)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram