TRWC

Published in TRWC

Kelantan perlu waspada kehebatan Pahang

Apr 06, 2017 Hit: 483 Written by 
Kelantan perlu waspada kehebatan Pahang

Menjelang perlawanan pembukaan bulan april sabtu ini selepas berehat panjang, Kelantan diatas kertas bukan lawan mudah untuk ditundukkan namun Pahang kini berada dalam prestasi dan momentum terbaik selepas berjaya menarik aura kemenangan ke atas JDT dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA minggu lepas.

Pahang dilihat bukan pasukan calang-calang untuk dijinakkan di Kota Bharu. Kehadiran bekas pemain Kelantan Kecik banyak memberi keceriaan buat skuad Pahang. Pemain Kelantan yang baru sahaja menikmati gaji diharap mampu mempamerkan prestasi terbaik mereka demi gaji dan masa depan Kelantan di bumi Kelantan. Sudah terbukti, biar apapun pengakuan kesetiaan penyokong, prestasi dan keputusan akan menentukan jumlah kehadiran penyokong, prestasi merudum penyokong pun tidak akan turun stadium.

Diharap Kota Bharu tidak keciciran mata menangkis serangan skuad Tok Gajah nanti, berehat panjang tanpa perlawanan persahabatan berstatus A, Kelantan dilihat tiada masalah menggunakan khidmat penjaring terbanyak Liga Super Muhd. Ghaddar sabtu ini.

AYUH BANGKIT KELATEKU. BERSATU DEMI KELATE. GOMO KELATE GOMO.

Read 483 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram