TRWC

Published in TRWC

Beri tumpuan penuh kepada 3 misi penting Kelantan

Sep 18, 2017 Hit: 219 Written by 
Beri tumpuan penuh kepada 3 misi penting Kelantan

Kehadiran presiden KAFA baru diharap mampu memberi sinar baru kepada semangat semua pemain Kelantan dalam menyelesaikan masalah gaji mereka dan membangkitkan kembali prestasi semasa pasukan dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super 2017 bagi memastikan Kelantan tidak tergelincir ke Liga Perdana musim depan.

Tugas berat terpaksa ditanggung oleh Bibi Ramjani selepas banyak masalah hutang dan pengurusan yang ditinggalkan oleh pengurusan lepas. Namun seluruh penyokong diingatkan memberi masa dan peluang kepada Bibi Ramjani meneliti serta mencari penyelesaiannya sendiri terlebih dahulu. Beriku 3 misi penting Kelantan:

1. Misi Kekal Liga Super

Situasi terkini T-Team, Kelantan, Melaka United, Sarawak dan Pulau Pinang antara lima pasukan terbawah liga yang masih mampu bersaing diantara satu sama lain untuk melepaskan diri dari tercicir ke dua slot ke Liga Perdana 2018. Kelantan masih mampu dipintas oleh Melaka United dan Sarawak jika gagal mengutip mata di Larkin rabu ini (20 september 2017). Kini Kelantan berada di kedudukan 9 liga berkongsi 18 mata dengan Melaka United di tangga ke 10, diekori rapat oleh Sarawak dengan perbezaan 1 mata.

Prestasi tidak menentu Kelantan ditambah masalah gaji, tiga perlawanan terakhir ini mampu mencabar semua pendokong dan penyokong Kelantan sebelum liga melabuhkan tirainya.

Rabu 20/9/2017:

JDT lawan Kelantan

Rabu 27/9/2017:

Kelantan lawan PKNS

Sabtu 28/10/2017:

Melaka United lawan Kelantan

cartaliga

 

2. Misi Melangsaikan Gaji

Masalah gaji pemain yang tertunggak dan masalah hutang lain menjadi tugas presiden baru meneliti dan mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi semua pemain dan pengurusan. Dengan sumber kewangan dan pengalaman yang dimiliki usahawan tersohor Kelantan ini, isu ini mampu diselesaikan dengan baik oleh beliau. Semua pemain, pengurusan dan seluruh penyokong harus bersabar dan memberi peluang kepada beliau menyelesaikannya.

3. Misi pendaftaran Lesen Kelab FAM dan AFC

Satu lagi masalah yang ditinggalkan pengurusan ialah masalah mendaftarkan Kelantan kerana gagal melangsaikan gaji, caruman dan percukaian pemain serta beberapa lagi keperluan dokumen dalam melengkapkan pendaftaran kelab.

7 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK LIGA SUPER 2018

Sebanyak 7 daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super 2017 telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 24 Ogos 2017.

Tujuh pasukan berkenaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

Daripada 7 pasukan di atas, 4 daripadanya iaitu JDT, Pahang FA, PKNS FC dan Selangor FA turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

Sementara lima pasukan Liga Super 2017 yang lain iaitu Felda United FC, Kedah FA, Kelantan FA, Melaka United SA dan Sarawak FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kelab FAM & AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Bagi pasukan-pasukan yang gagal, mereka telah pun diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kelab seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 yang mana rayuan mereka dijadualkan akan didengar dalam masa terdekat.

Lesen kelab FAM & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2018 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Saya bagi pihak FAM selaku pihak yang memberikan lesen kelab ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen kelab FAM & AFC ini di atas usaha individu-individu dalam pasukan masing-masing yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya.

Ini merupakan tahun penting dalam permulaan kita membangunkan pelesenan kelab ini yang mana kita telah menetapkan setiap pasukan yang ingin bertanding dalam saingan Liga Super 2018 serta pertandingan peringkat AFC bagi tahun 2018 perlu memiliki lesen kelab.

Saya juga berbangga dengan usaha dan komitmen semua pasukan terlibat kerana ia satu cabaran yang besar memandangkan kebanyakan pasukan melalui proses permohonan lesen kelab ini buat pertama kali dan mereka berjaya melepasi enam kriteria utama yang telah ditetapkan itu.

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sama-sama kita mendoakan dan membantu mengembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan kita.

BERSATU DEMI KEBANGKITAN KELATE. GOMO KELATE GOMO.

Last modified on Monday, 18 September 2017 11:03
Read 219 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram