TRWC

Published in TRWC

Senarai Pemain Kelantan 2018

Nov 11, 2017 Hit: 833 Written by 
Senarai Pemain Kelantan 2018
Dalam sidang media yang diumumkan Dato Affandi Hamzah petang tadi, Kelantan menyenaraikan 80% pemain muda dan 20% pemain senior untuk musim 2018.
Jika dilihat kepada barisan pemain yang disenaraikan, Kelantan sedang melakukan penjimatan kos tanggungan gaji bulanan yang dianggarkan kurang daripada RM300 ribu sebulan berbanding musim 2017.
 
Penjimatan ini diharap membolehkan KAFA memfokuskan kepada pemilihan pemain import yang benar-benar berbaloi dan berkualiti selain perlu berhati-hati dengan tawaran agen-agen pemain import. Setakat ini semua pemain import dilepaskan.
 
Mengenai desas-desus kemunculan kembali Norshahrul Idlan Talaha, Dato Affandi menafikan Kelantan akan membawa kembali Mat Yo ke Kota Bharu.
 
Dengan keperluan bajet tahunan RM12 juta setahun, Kelantan masih dalam proses rundingan dan mencari penajaan baru.
 
Berikut Senarai Pemain Kelantan 2018 : 
 
Pemain skuad senior yang dikekalkan & skuad presiden yang dinaikkan ke skuad utama:
  1. Khairul Fahmi (Penjaga Gol) (masih ada kontrak sehingga 2018)
  2. Farisham Ismail (Pertahanan)
  3. Nik Shahrul Azim(Pertahanan) (masih ada kontrak sehingga 2018)
  4. Faizol Nazlin Sayuti (Pertahanan)
  5. Rozaimi Azuar (Pemain Tengah)
  6. Fakhrul Zaman (Penyerang)
  7. Mohd Nasharizam  Rashid (Pertahanan)
  8. Safiq Rahman (Pemain Tengah)
  9. Azwan Aripin (Pertahanan)
  10. Fadillah Fauzi (Pemain Tengah)
  11. Faris Shah (Pertahanan)
  12. Mohd Ramadhan (Penjaga Gol)
  13. Shahrul Hakim (Pemain Tengah)
  14. Mohd Amir Zikri (Pemain Tengah)
  15. Danial Asyraf (Penyerang)
  16. Nik Azli (Pemain Tengah)
  17. Mohd Imran Samso (Baru- dari skuad Presiden)
  18. Nik Akif (Pemain Tengah) (Baru- dari skuad Presiden)
  19. Saiful Alias (Pertahanan) (Baru- dari skuad Presiden)
Pemain senior dalam rundingan
  1. Badhri Radzi
  2. Indra Putra
  3. Norfarhan
 
Kesemua pemain senior selain daripada yang dikekalkan dan dalam proses rundingan adalah SAH digugurkan.



SENARAI PEMAIN TRW TAK DITAWARKAN KONTRAK & YANG MENOLAK KONTRAK BARU 2018
  1. Shahrizan Ismail (GK)
  2. Daudsu Jamaluddin
  3. Hasmizan Kamarodin
  4. Syihan Hazmi
  5. Norhafiz Zamani Misbah
  6. S Subramanian
  7. Qayyum Marjoni Sabil
  8. Aziz Ismail
  9. Zairul Fitree Ishak
  10. Khairul Izuan Rosli
  11. S Thinagaran
  12. Hattaphon Bun An

Pemain Import yang dilepaskan

  1. Bako
  2. Danso
  3. Celin
Last modified on %PM, %11 %036 %2017 %23:%Nov
Read 833 times
Rate this item
(2 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram