Super User

Super User

Tuesday, 01 April 2014 02:49

Penyokong Kelantan semakin resah

PRESTASI hambar yang dipamerkan oleh pasukan Kelantan dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk ketika tumbang kepada Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dan seri 1-1 dengan Terengganu, Sabtu lalu mengundang rasa resah dalam kalangan peminat setia mereka, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Rata-rata penyokong setia The Red Warriors memberitahu, mereka kurang senang dengan taktikal pengendali Kelantan, Steve Darby yang dilihat seolah-olah kekeringan idea dan gagal memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh barisan pemainnya.

Malah, kumpulan penyokong itu menyifatkan ia menjadi punca kemerosotan Kelantan pada aksi Liga Super setakat ini, sekali gus menyebabkan mereka sudah hilang sabar dengan tindak-tanduk pengendali kelahiran England itu.

Jesteru, mereka mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut termasuk bersemuka dengan Darby.

Bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), sudah tiba masanya barisan kempimpinan KAFA dan pengurusan The Red Warriors berbuat sesuatu bagi memulihkan imej pasukan yang dilihat sudah tercalar.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, jika langkah segera tidak diambil pihaknya khuatir prestasi The Red Warriors akan terus menjunam.

Menurutnya, aksi tidak konsisten yang dijelmakan oleh barisan pemain The Red Warriors itu menyebabkan sokongan kepada pasukan semakin berkurangan dan jika keadaan tersebut berterusan, ia pasti menjejaskan kantung persatuan.

Monday, 31 March 2014 16:46

Kelantan hambar di gelanggang sendiri

Sikap ambil mudah pemain Kelantan dalam perlawanan malam tadi membawa padah kepada pasukan apabila Kelantan dihukum pada minit-minit akhir perlawanan setelah Fazly Mazlan menjadi wira menjaringkan gol kemenangan JDT pada minit ke 88. Sebelum itu Mohd Ghaddar membantu Kelantan mendapat gol seawal minit 17 kemudian berjaya diikat JDT 1-1 melalui jaringan Amri Yahyah.

Keputusan ini melengkapkan kekalahan ketiga berturut-turut Kelantan sepanjang bulan ini. Perlawanan Terengganu menentang Kelantan sabtu ini (29 mac) amat penting bagi Kelantan menyekat dan merapat kedudukan teratas liga yang kini diterajui Terengganu.

Ayuh seluruh penyokong Kelantan terus setia dan teguh menyokong di belakang pasukan. GOMO KELATE GOMO...

Keputusan FT:
Kelantan 1-2 Johor Darul Ta'zim
17' Mohammed Ghaddar (KEL)
33' Amri Yahyah (JDT)
88' Fazly Mazlan (JDT)

PKNS 1-3 Pahang
43' Dickson Nwakaeme (PAH)
60' Dickson Nwakaeme (PAH)
63' Fauzi Roslan (PAH)
72' Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)

T-Team 2-0 Sime Darby
26' Evaldo Goncalves
72' Mazuki Yusof

ATM 0-3 Terengganu
24' Abdul Manaf Mamat
78' Nor Farhan Muhammad
90'+4' Faiz Subri

Sarawak 0-2 Selangor
25' Andik Vermanysah
53' A. Thamil Arasu

Perak 0-1 LionsXII
90'+4' Safuwan Baharudin

 

Mampukah Kelantan menang?

Tiga wakil pantai timur lain telah berjaya membuktikan kekuatan pasukan masing-masing dengan menewaskan Johor DT sebuah pasukan bintang yang amat digeruni oleh semua pasukan dalam Liga Super 2014. Kini tibalah giliran Kelantan pula membuktikan kekuatan selaku wakil pantai timur terakhir dalam pusingan pertama Liga Super ini. Pengumuman kehadiran tiga pemain baru untuk skuad The Red Warriors semalam diharap mampu menyuntik semangat luar biasa pemain-pemain lain dalam misi menyakinkan ketua jurulatih supaya tidak disingkirkan nanti.

Kehebatan pasukan JDT memang tidak boleh disangkalkan lagi meskipun keputusan dua perlawanan terakhir mereka kurang menyengat tetapi tiada yang mustahil apabila bertemu sebuah pasukan yang mempunyai rekod sebagai musuh tradisi sudah pasti JDT tidak akan mensia-siakan perlawanan malam ini.

Kelantan dalam misi mengembalikan keyakinan seluruh penyokongnya, mereka pasti tidak akan mengambil mudah perancangan strategi perlawanan malam ini, Kecuaian mengatur strategi akan membunuh semangat penyokong Kelantan yang ingin melihat Kelantan berjaya dalam saingan ini atau sekurang-kurangnya mampu menyekat kemaraan JDT atau paling tidak tewas bermaruah. Tugas berat menanti Steve Darby yang mula menjadi mangsa kritikan berdasarkan prestasi semasa Kelantan.

Perlawanan malam ini pasti akan menarik ribuan penyokong fanatik The Red Warriors yang sebelum ini ternanti-nanti saat wisel perlawanan kedua-dua pasukan ini. Ayuh seluruh penyokong The Red Warriors kita bangkit memenuhi segenap penjuru stadium keramat kita.  Walauapapun keputusannya diharap seluruh penyokong Kelantan menerima dengan hati yang tenang tanpa provokasi dan dendam. GOMO KELATE GOMO.


25-01-2014 T-Team 1 : 0 Johor DT
07-02-2014 Pahang 3 : 2 Johor DT
15-03-2014 Terengganu 1 : 0 Johor DT

25-03-2014 Kelantan ? : ? Johor DT

Hari ini KAFA melalui penasihatnya Tan Sri Annuar Musa telah mengesahkan Brendan Gan, Wan Zack Haikal dan Mohd Fitri Omar menjadi milik The Red Warriors. Mereka akan menyarung jersi Kelantan dalam kesemua baki perlawanan Kelantan yang masih ada.

Namun Wan Zack hanya yang masih dalam kecederaan hanya belum boleh diturunkan sepenuhnya dan dijangka direhatkan dalam tempoh sebulan ke 3 bulan lagi. Wan Zack akan beraksi di posisi sayap kanan atau kiri dan dilihat mampu menjadi peledak utama gol Kelantan selepsa ini.

Pemain kidal Fitri Omar pula boleh beraksi dalam pelbagai posisi diharap mampu menerajui posisi kebolehannya iaitu bek kiri, bek tengah dan sayap kiri malah pemain ini juga mampu menjadi penyerang yang mantap. Pemain ini pernah memenangi kasut emas ketika bersama MP Muar dan banyak membantu pasukan MP Muar selepas itu pemain ini beraksi untuk ATM.

Brendan Gan pemain yang baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia dan akan beraksi dalam kouta pemain tempatan Kelantan. Pemain ini pernah bersama skuad Sabah pada 2012 beraksi dalam posisi penyerang.

Kehadiran 3 pemain baru ini diharap mampu mengubah corak permainan Kelantan selepas ini. GOMO KELATE GOMO.

Page 131 of 135

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram