Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Red One tawar jadi penaja utama TRW

Dec 23, 2016 Hit: 310 Written by 
Ben Teh (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media pengumuman awal red One Network Sdn Bhd mahu menjadi penaja utama Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Ben Teh (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang media pengumuman awal red One Network Sdn Bhd mahu menjadi penaja utama Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR

Red One Network Sdn Bhd yang merupakan penaja Kelantan sejak musim 2015, membayangkan kesediaannya untuk terus menyumbang bagi memastikan penyertaan pasukan itu tidak berkubur begitu sahaja dalam saingan liga domestik itu.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Ben Teh berkata, pihaknya kali ini berhasrat menjadi penaja utama selepas dua musim mengikat kontrak selaku penaja bersama pasukan pantai timur itu.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan jumlah tersebut, namun ia difahamkan bakal melibatkan tajaan bernilai jutaan ringgit sesuai dengan status penaja utama.

“Kita lihat Kafa dalam situasi sukar sekarang dan mereka ada bertanya sama ada red One hendak kekal jadi penaja atau tidak. Saya rasa hendak taja itu tidak jadi masalah, kita ada persamaan dari segi warna (merah) dan kita sudah dua tahun bersama Kafa.

“Setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan Kafa tetapi kita bersedia berbincang lebih lanjut, bagaimana red One boleh bantu Kafa pada musim depan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Justeru, menurutnya, satu pertemuan di antara pihaknya bersama pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negeri itu akan diadakan bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebelum 29 Disember ini.

“Saya rasa kalau red One betul-betul jadi penaja utama, saya percaya Kelantan akan menjadi sebuah pasukan yang kembali disegani. Di red One, kita mempunyai prinsip apabila berjanji, kita akan tunaikan.

“Sepanjang dua tahun penajaan, kita menjelaskan semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Kafa, tidak pernah berhutang dan kita akan meneruskan prinsip ini sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya lagi, nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan kerana apa yang penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut.

“Bagi saya, penajaan untuk sukan, bukan kita yang kena tentukan sama ada pasukan itu perlu menang atau tidak, itu adalah urusan mereka. Tujuan kita menyokong adalah untuk mendapatkan publisiti, kalau taja untuk menang, lebih baik kita taja pasukan juara sahaja,” katanya.

 

Read 310 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram