Media Tempatan

Dr. Vida nak pikat 
Teerasil Dangda

Jan 11, 2016
Hit: 470
Written by
Kehebatan Teerasil Dangda (kanan) di hadapan gawang memikat Dr. Vida yang berhasrat mendapatkan pemain itu untuk beraksi bersama Kelantan musim ini.

11 Januari 2016

KOTA BHARU – Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa masuk penyerang hebat Thailand, Teerasil Dangda bagi memperkuatkan The Red Warriors tahun ini.

Read 470 times

Devan sahut cabaran Dr. Vida

Jan 11, 2016
Hit: 526
Written by
K. DEVAN (tiga dari kanan) memberikan arahan kepada pemain semasa sesi latihan Kelantan di Kota Bharu semalam. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

YATIMIN ABDULLAH  |  11 Januari 2016 12:21 AM

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan K. Devan menganggap sasaran untuk merangkul tiga piala tahun ini yang diletakkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman sebagai satu cabaran dan bukannya tekanan.

Read 526 times
Belum ada keputusan penajaan Qu Puteh - Datuk Seri Vida

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (kanan) dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida. - Foto NSTP

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan rundingan dengan Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida berhubung isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam masa terdekat. Dr Hasmiza ketika dihubungi BH Sukan sebentar tadi mengesahkan ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, pagi tadi.

Menerusi mesej itu, katanya, Annuar akan menghantar pegawai KAFA dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai penajaan itu. "Setakat ini, belum ada lagi kata putus, termasuk dua syarat yang saya ditetapkan itu. Sebarang keputusan sama ada setuju atau sebaliknya akan dibuat selepas rundingan rasmi itu. "Saya sentiasa membuka pintu luas untuk KAFA mengadakan rundingan. Kami bersikap terbuka untuk membincangkan soal penajaan lebih lanjut lagi," katanya. Hasmiza berkata, laporan menerusi sebuah portal yang memetik namanya bahawa KAFA bersetuju menerima dua syarat bagi menaja TRW, sebagai salah faham. "Perkara ini masih dalam peringkat perbincangan.

Saya harap pihak berkenaan tidak akan salah faham kerana buat masa ini masih belum ada keputusan," katanya. Semalam, BH Sukan melaporkan Hasmiza menetapkan dua syarat kepada KAFA sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016. Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada warna merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/110483

 

Read 587 times

Qu Puteh bakal taja Kelantan?

Dec 28, 2015
Hit: 671
Written by
Qu Puteh bakal taja Kelantan?
Datuk Vida - Foto Instagram Datuk Vida

SINAR HARIAN: PENGASAS produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali  Datuk Seri Vida tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Read 671 times

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram