Media Tempatan

Shakir yakin atasi wakil Vietnam

Mar 18, 2014
Hit: 257
Written by
Shakir yakin atasi wakil Vietnam

Oleh YATIMIN ABDULLAH
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENYERANG The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali bersedia menggalas tugas selaku penggempur utama pasukannya pada pertemuan dengan wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam saingan peringkat kumpulan kempen Piala AFC di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ahmad Shakir dijangka bergandingan dengan peledak import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe selepas dua lagi tonggak serangan The Red Warriors, Ahmad Fakri Saarani dan Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan.

Peledak berusia 25 tahun itu berkata, dia bertekad membalas kepercayaan jurulatih dengan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dengan Forkey Doe kerana kedua-duanya pernah bermain bersama dalam perlawanan sebelum ini.

"Tugas yang diberikan ini merupakan satu cabaran buat saya untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan tersebut dan kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin.

"Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan AFC seperti yang telah dibuktikan pada aksi menentang South China sebelum ini," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang akhbar pra perlawanan Piala AFC 2014 Kumpulan G antara Kelantan dengan Vissai Ninh Binh di Kota Bharu semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby dan pengendali Vissai Ninh Binh, Nguyen Van Sy serta ketua pasukan, Nguyen Manh Dung.

Mengulas mengenai peluang The Red Warriors dalam perlawanan itu, Ahmad Shakir memberitahu, dia tetap optimis pasukannya mampu menumpaskan Vissai Ninh Binh.

Katanya, walaupun pasukan berkenaan mengungguli carta Kumpulan G, namun beraksi di gelanggang sendiri memberikan kelebihan kepada pasukannya dalam perlawanan itu nanti.

"Saya yakin dan percaya motivasi rakan-rakan sepasukan sudah berada pada tahap terbaik dan mereka semuanya sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," ujarnya penuh yakin.

Read 257 times

Kelantan tidak gentar Vissai

Mar 18, 2014
Hit: 295
Written by
Kelantan tidak gentar Vissai

Oleh YATIMIN ABDULLAH
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KOTA BHARU - Kelantan tidak gentar dengan status wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh selaku peneraju Kumpulan G sebaliknya akan memperagakan aksi terbaik apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam kempen Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini.

Pengendali The Red Warriors, Steve Darby berkata, meskipun turun tanpa dua tonggak utamanya, Mohamad Ghaddar dan Ahmad Fakri Saraani yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan, dia tetap optimis pasukannya mampu meraih tiga mata dalam perlawanan itu nanti.

Menurutnya, dia tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk perlawanan itu nanti walaupun pasukannya berdepan dengan jadual padat dalam saingan Liga Super musim ini.

"Saya enggan memikirkan masalah itu dan kami akan mengaplikasikan sistem penggiliran pemain sebaik mungkin bagi memastikan Kelantan tidak keciciran mata dalam perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh mengambil mudah kemampuan lawan kerana mereka dibarisi pemain hebat termasuklah jurulatih yang mempunyai perancangan strategi yang baik.

"Harapan saya agar pemain yang diturunkan dapat memberikan persembahan terbaik dan mengulangi aksi ketika meraih kemenangan menumpaskan South China minggu lalu," katanya pada sidang akhbar pra perlawanan itu semalam.

Hadir sama, Pengendali Vissai Ninh Binh, Nguyen Van Sy serta ke­tua pasukan, Nguyen Manh Dung.

Sementara itu jurulatih Vissai Ninh Binh, Van Sy berkata, pasukannya tetap menghormati reputasi Kelantan dan matlamatnya ialah mereka pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata.

Katanya, sekiranya berjaya me­lakar kejutan dengan menumpaskan Kelantan pada perlawanan itu nanti ia merupakan satu bonus kepada pasukannya.

"Jika Kelantan mahu mempertaruhkan barisan terkuat, begitu juga dengan kami. Kesemua pemain utama akan diturunkan dalam usaha mendapatkan mata bagi mengukuhkan lagi cengkaman di anak tangga teratas Kumpulan G," ujarnya.

Kelantan kini berada di anak tangga ketiga kumpulan hasil kemenangan ke atas wakil Hong Kong, South China minggu lalu di Kota Bharu.

Read 295 times

Stadium Shah Alam dibuka semula 22 Mac Featured

Mar 16, 2014
Hit: 288
Written by
Stadium Shah Alam dibuka semula 22 Mac

STADIUM Shah Alam akan dibuka semula pada 22 Mac ini setelah ditutup sejak November tahun lepas untuk kerja-kerja naik taraf stadium berkenaan.
   
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid berkata kesemua bahagian utama stadium itu telah dinaik taraf termasuk padang, bumbung, bilik persalinan pemain dan tandas awam.
   
"Selain menggantikan rumput parspalum di padang, kita juga telah menaik taraf tandas awam dan memasang CCTV (kamera litar tertutup) di sekeliling stadium bagi meningkatkan aspek keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat stadium berkenaan hari ini.
   
Turut hadir ialah Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
   
Abdul Khalid berkata pada tahun lepas, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membelanjakan sejumlah RM70 juta bagi kerja-kerja penambahbaikan dan diteruskan pada tahun ini bagi fasa kedua yang turut melibatkan kos sama.
   
"Bagi fasa kedua kita lebih menumpukan kepada aspek untuk mencantikkan stadium termasuk mengecat semula dinding stadium ini," katanya.
   
Abdul Khalid berkata perlawanan pertama yang bakal berlangsung sebaik stadium itu dibuka semula ialah perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kelantan pada 22 Mac ini. - Bernama

Read 288 times

TRW turun takhta Featured

Mar 16, 2014
Hit: 303
Written by
TRW turun takhta

KUALA LUMPUR - Hasrat Kelantan untuk kekal di tangga teratas Liga Super tidak kesampaian apabila sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, semalam.

The Red Warriors (TRW) dipintas oleh pasukan jiran, Terengganu yang menang 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim.

Beraksi di depan lebih 12, 000 penyokong setia, Kelantan membuka jaringan menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Tok Gajah bagaimanapun me­nyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi Saiful Nizam Miswan yang bijak menyudahkan hantaran hasil sepakan penjuru.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus melakukan beberapa asakan bahaya menerusi Francis Forkey Doe dan Fakri Saarani, namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Pada minit ke-70 Kelantan dikejutkan dengan jaringan kedua Pahang menerusi Mohd. Faizol Hussain yang tenang menyudahkan hantaran Dickson Nwakame.

Kelantan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Khairul Izwan Rosli berjaya menjaringkan gol pada minit ke-80 menerusi rembatan kencang yang menuju tepat ke arah kanan pintu gol Pahang.

Dalam pada itu, di Stadium Ne­geri, Kuching menyaksikan Sarawak memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas LionsXII.

Tiga gol Sarawak diperolehi hasil jaringan S. Chanthuru pada minit keenam dan ke-40, manakala satu lagi jaringan tuan rumah menerusi Mohamad Rashid Aya minit ke-75. Gol tunggal LionsXII dijaringkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari minit ke-35.

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah Perak tewas 0-2 kepada Sime Darby, yang tidak menghadapi masalah untuk menguasai perlawanan di tempat lawan.

Pemain Sime Darby, Fazrul Hazli beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut apabila berupaya me­nyumbang dua gol pada minit ke-16 dan ke-40.

Read 303 times

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram