TRWC

"Harap ini detik kebangkitan TRW"Penyokong TRW

Pemain penyerang konflik Kelantan, Forkey Doe berjaya memberi sedikit keceriaan kepada dirinya dan pasukannya setelah berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil hantaran cantik Piya.

Ketiadaan Muhd Ghaddar dan Shawky tidak memberi banyak masalah kepada kesebelasan pemain Kelantan yang mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan semalam.

Gandingan mantap pemain berjersi nombor 45 (Brandan Gan) dan 43 (Fitri Omar) banyak membantu mencipta sentuhan menarik Kelantan. Barisan pertahanan telah melakukan tugas yang menakjubkan untuk menyekat pergerakan Marlon dan Bruno untuk tempoh yang lama sejak dari minit 44 separuh masa pertama sehingga tamat masa perlawanan.

Wan Zaharul Nizam ( Kecik) dilihat nadi utama pasukan Kelantan apabila pemain ini dilihat kerap mencipta peluang dan ruang kepada rakan-rakan sekaligus berjaya memecah dominasi pertahanan ATM.

Jika diteliti perlawanan semalam, diharap Kelantan akan terus bangkit menguasai semua perlawanan pusingan kedua Liga Super 2014 ini. Kehadiran penyokong Kelantan juga amat baik pada malam tadi, diharap kemenangan ini akan mengembalikan semangat utuh seluruh penyokong Kelantan lain ke stadium.

Rate this item
(0 votes)
Piala AFC 2014: Kelantan tersingkir awal

Hasrat penyokong Kelantan ingin melihat sebuah perlawanan menarik Kelantan dalam saingan Piala AFC pada malam tadi akhirnya tercapai meskipun pasukan tewas dan tersingkir awal daripada saingan Piala AFC ini.

Rate this item
(0 votes)
Piala AFC 2014: Peluang Kelantan masih cerah

Berita gembira untuk seluruh penyokong The Red Warriors!
Walaupun Kelantan dibelasah teruk 4-0 kepada XM Vissai Ninh Binh dari Vietnam pada petang semalam, Kelantan yakin mendapat perkhabaran gembira pada malam tadi apabila pasukan Yangon United tewas 3-5 kepada pasukan South China, sekaligus membuka kembali peluang Kelantan untuk mara ke pusingan kedua sekiranya Kelantan berjaya memanfaatkan peluang menjadi tuan rumah ketika menerima kunjungan Yangon United pada 8 april nanti di Kota Bharu.

Kelantan masih ada dua lagi baki perlawanan peringkat kumpulan G pada bulan ini dan Kelantan perlu memenangi kedua-dua perlawanan ini sekiranya masih berhasrat meneruskan saingan Piala AFC atau terus akur menumpukan perlawanan liga tempatan. Jika dilihat kepada carta kumpulan, Kelantan perlu menang perlawanan menentang Yangon United 8 april ini dengan harapan XM Vissai Ninh Binh berjaya menewaskan South China pada hari yang sama. Andai Kelantan menang dan South China menang, perlawanan terakhir Kelantan menentang South China di Hong Kong pada 22 april menjadi taruhan.

Kekalahan Kelantan semalam adalah kekalahan ketiga dalam peringkat kumpulan G Piala AFC dan kekalahan keempat berturut-turut Kelantan dalam saingan Piala AFC dan Liga Super. Kritikan ke atas ketua jurulatih Steve Darby makin hangat diperkatakan oleh seluruh peminat bolasepak Kelantan. Namun setakat ini penasihat KAFA memaklumkan tiada sebarang perubahan akan berlaku samada diperingkat pengurusan mahupun pemain. Keputusan mengekalkan Steve Darby dan Forkey Doe harus ditanggung dengan penuh berani oleh pihak pengurusan sepanjang april ini. mereka juga harus bersedia dengan apa sahaja kemungkinan tindakan yang akan dilakukan penyokong Kelantan selepas ini.

Buat masa ini, tiada siapa yang boleh menarik nafas lega dengan prestasi tidak menentu The Red Warriors, bolasepak Kelantan mungkin akan suram atau kembali meriah bergantung kepada keputusan perlawanan yang seterusnya. Jangan terlalu percaya pada si kaki bodek yang sentiasa hipokrit mempertahankan bolasepak Kelantan, walhal mereka sedang menyusun beribu alasan  untuk melepaskan diri daripada bebanan bolasepak Kelantan dengan cara meletakkan kesalahan pada orang lain dan kekalahan demi kekalahan.

AYUH anok-anok bangsa Kelate, kito pakat pertahankan bolasepak Kelantan kito dari anasir-anasir perosak bolasepak kito.....bolasepak kito, semangat kito. GOMO KELATE GOMO....BANGKITTLAH

Rate this item
(0 votes)
Siaran Langsung Liga Super Jumaat & Sabtu ini

Liga Super Malaysia 2014
(04/04/2014|JUMAAT)

[Siaran Langsung ASTRO ARENA 801]
SELANGOR PKNS vs JOHOR DARUL TA'ZIM I | 08.45 P.M
- Stadium Shah Alam -

SARAWAK vs TERENGGANU | 08.45 P.M
- Stadium Negeri -
-----------------------------------------------------------------------------------
Liga Super Malaysia 2014
(05/04/2014|SABTU)

[Siaran Langsung ASTRO ARENA 801]
KELANTAN vs ATM | 08.45 P.M
- Stadium Sultan Mohamad Ke IV -

[Siaran Langsung RTM1]
PERAK vs SELANGOR | 08.45 P.M
- Stadium Perak -

SIME DARBY vs LIONS XII | 08.45 P.M
- Stadium Majlis Perbandaran Selayang -

T-TEAM vs PAHANG | 08.45 P.M
- Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah -

‪#‎aNaS90‬ ‪#‎TRW‬

Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram