TRWC

Kelantan kena tolak mata

Apr 30, 2014 Written by
Kelantan kena tolak mata

Keseronokan penyokong Kelantan bagai tersentak sekejap apabila FAM memaklumkan Kelantan telah dibatalkan keputusan seri semasa perlawanan Terengganu melawan Kelantan pada 29 mac 2014 lalu di kuala Terengganu.

Mengikut pertuduhan kesalahan daripada FAM, Kelantan didapati bersalah menurunkan Fitri Omar yang sudah digantung perlawanan ketika bersama ATM sebelum itu. Keputusan FAM ini sedikit sebanyak menambah lagi jumlah kekalahan Kelantan pada musim ini.

Terengganu diberikan kemenangan 3-0 diatas perlawanan ini, 1 mata milik Kelantan telah dipotong.

Terus setia bersama Kelantan, GOMO KELATE GOMO.....

Rate this item
(1 Vote)
Misi final kelima dan hatrik Piala FA

Misi memburu kejuaraan hatrik dan final kelima Piala FA sudah bermula, itulah gambaran yang cuba diberikan Tan Sri Annuar Musa dalam statusnya berkaitan dengan pelaburan terbaru pemain dan jurulatih import.

Meskipun kemampuan kedua-dua pemain dan jurulatih import masih belum teruji, namun keyakinan yang ditunjukkan Tan Sri Annuar Musa selaku pelabur terbesar The Red Warriors kepada jentera baru pasukannya sudah cukup untuk seluruh penyokong The Red Warriors menarik sedikit nafas lega tentang kebangkitan pasukan kesayangan mereka selepas ini.

Sejak Tan Sri Annuar Musa mengambil alih pengurusan KAFA, Kelantan telah empat kali mara ke pentas final Piala FA dengan dua kali merangkul juara. Jika ditakdirkan Kelantan berjaya melepasi saingan separuh akhir menentang Felda United pada 6 dah 20 mei nanti, Kelantan akan hampir memecah rekod peribadi juara hatrik dan layak final kelima sekaligus akan merampas tangga kedua selaku pemenang keseluruhan piala ini selepas Selangor sudah 5 kali merangkul Piala FA ini.'

Namun semuanya masih terlalu awal untuk mengupas tentang kebangkitan Kelantan selepas ini, tetapi tidak salah untuk meletakkan harapan dan sokongan yang padu pada pasukan ini. Ayuh bangkit seluruh penyokong The Red Warriors, sokongan anda semua amat dihargai. GOMO KELATE GOMO.

FINAL PIALA FA 2009- 2013:

2009 - Selangor 1-1 (Penalti 4-1) Kelantan

2011 - Terengganu 2-1 Kelantan

2012 - Kelantan 1-0 Sime Darby

2013 - Kelantan 1-0 Johor DT

Rate this item
(1 Vote)
Boateng mahir Liga M - TSAM

Boeteng,Gary Nivelle dan Ryan Giggs seangkatan dan sama sama mendapat UEFA PRO LICENCE...Ryan baru di lantik Mengendali Manchester United mengganti Moyes..Boeteng di lantik menggantikan Steve Darby mengendalikan TRW...mereka berpengalaman bermain dan di latih di bawah jurulatih bertaraf dunia bertahun tahun lamanya.mereka juga berpengalaman melatih berbagai Pasukan kalau pun bukan sebagai HEADCOACH kerana level headcoach/Manager jauh lebih tinggi di Eropah..BOETENG punyai satu kelebihan yg tiada Pd jurulatih lain..BELIAU MASAK DAN TAHU LIGA M dan pernah beraksi di sini..malah beliau tahu corak dan tahap permainan semua Pasukan liga M..kombinasi beliau,sidek,zahasmi dan Hashim adalah terbaik yg dpt saya ikhtiarkan...Tapi bagi yg lebih pandai saya tak tahulah kerana di Klate ramai set kita hok Biso Biso belako..

Rate this item
(1 Vote)

Sedia berkhidmat!

Apr 25, 2014 Written by
Sedia berkhidmat!

Hussein Alaa Salman, George Boateng (Ketua jurulatih) dan Prince Tagoe 3 barisan yang akan memperkuatkan pasukan The Red Warriors dalam menghabiskan baki perlawanan Liga Super 2014 dan saingan separuh akhir Piala FA menentang Felda United 6 Mei 2014 nanti di Kota Bharu.

Mampukah kedua-dua pemain ini dan ketua jurulatih mengubah prestasi semasa Kelantan masih lagi menjadi tanda tanya peminat The Red Warriors. Mereka berharap KAFA dapat mengadakan perlawanan persahabatan untuk menilai prestasi pemain-pemain ini dan taktikal baru di bawah kendalian Goerge Boateng.

Kebangkitan Kelantan sekarang memerlukan sokongan semua pihak tanpa rasa ragu-ragu atau putus asa. Ayuh semua pendokong dan penyokong The Red Warriors bangkit mengembalikan kegemilangan sebuah pasukan juara. Ayuh...Ayuh...yuh Kelateku...GOMO KELATE GOMO.

Gambar: Kevin Ramalingam CEO TRW SDN BHD memperkenalkan pemain kepada pihak media. Kredit foto GATE H BOY

Rate this item
(7 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram