TRWC

Boateng mahu menang!

May 23, 2014 Written by
Boateng mahu menang!

Sumber FB TRWFC: " Saya mahu menang menentang T-Team bukan kerana mereka pernah menjadi pasukan saya. Tetapi kerana pemain2 kita telah berlatih dengan gigih. Kami melakukan persediaan untuk menang dan kami berhak menang. " - George Boateng

Rate this item
(0 votes)

Piya Bangkit Piya...

May 21, 2014 Written by
Piya Bangkit Piya...

Prestasi pemain lejen sering menjadi topik hangat perbualan penyokong The Red Warriors setiap kali tamat perlawanan Kelantan, pemain ini dilihat makin hilang rentak sentuhan magisnya malah hampir tenggelam dengan semangat dan kelincahan yang dipamerkan pemain lain, namun Piya tetap menjadi tumpuan pemain pasukan lawan dalam merantai setiap pergerakannya.

Tidak dinafikan jasa Piya kepada kegemilangan pasukan Kelantan amat besar tetapi tidak salah rasanya menegur diatas rasa sayang kepada kemampuan sebenar pemain ini. Piya antara pemain yang kerap diturunkan dan sentiasa menjadi pilihan jurulatih untuk mengemudi pasukan.

Ayuh Piya kembalikan prestasi sebenar anda, kami tetap yakin kemampuan ikon bolasepak Kelantan ini. Seluruh penyokong Kelantan diseru membangkitkan kembali semangat Piya yang sedikit terganggu dengan kritikan panas dan ejekan penyokong tidak bertanggungjawab. Elakkan atau hentikan sebarang provokasi ke atas Piya samada didalam stadium mahupun didalam laman media sosial. Kami merindui sentuhan dan kehebatan pemain bernama Piya ini.

BANGKIT PIYA BANGKIT....GOMO PIYA GOMO...PIYA TETAP LEJEN KELATE.........

Rate this item
(0 votes)
Jualan tiket Semi Final II-Piala FA 2014

Sukacita dimaklumkan untuk perlawanan Separuh Akhir ke 2 Kelantan vs Felda, Pihak Pengurusan Felda United FC akan mengadakan jualan tiket untuk perlawanan tersebut seperti berikut:

Tarikh : 26 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 9pagi- 4petang
Lokasi : Kaunter tiket SSM IV
Harga : Terbuka Rm15
Grandstand Rm35

# Jualan di Kaunter tiket Stadium Shah Alam pada 30 dan 31mei..

INFO PEGAWAI MEDIA KAFA BOSS Md Zuki

 

Rate this item
(1 Vote)
Peluang Kelantan himpit kedudukan 4 teratas liga

Perlawanan hujung minggu ini menyaksikan Kelantan mampu mengekori rapat kutipan mata JDT, Pahang dan Terengganu setelah ketiga-tiga pasukan ini bersaing sesama sendiri untuk muncul pemenang.

Pertemuan Pahang menentang Terengganu dan Selangor menentang Johor DT sudah pasti akan menarik tumpuan seluruh penyokong Kelantan. Namun harus diingat Kelantan yang bertandang ke Kuala Terengganu bertemu T-Team perlu menang terlebih dahulu jika berhasrat merampas mana-mana 4 kedudukan teratas nanti.

Kelantan yang berada ditangga kelima akan bertemu T-Team yang berada ditangga tercorot tidak harus memandang mudah atau terlalu yakin semasa turun di Kuala Terengganu nanti kerana T-Team tetap dilihat mampu menjadi pemusnah kepada Kelantan. Diatas kertas T-Team pernah tewas 3-0 kepada Kelantan dalam saingan pusingan pertama Liga Super lalu namun diatas padang macam-macam boleh berlaku.

Kelantan tidak boleh keciciran mata, andai terus ingin menarik minat penyokong Kelantan kembali ke stadium dan lebih semangat untuk kembali rancak memenuhi stadium Shah Alam menjelang pertemuan semi final Piala FA 31 mei ini.

Keputusan sabtu ini penting bagi Kelantan dalam mencipta kembali momentum kemeriahan bolasepak Kelantan di seluruh pelusuk tanahair walaupun kemeriahan ini sedikit sebanyak sudah ada sejak Boateng dan TRW kembali memperolehi kemenangan.

Episod kemerosotan Kelantan harus dipadam setakat ini, Kelantan perlu terus bangkit menguasai pertarungan Liga Super ini. Ayuh bersama-sama bangkit bersemangat memberi sokongan kepada pasukan tanpa jemu dan ragu-ragu....GOMO KELATE GOMO..

Rate this item
(7 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram