TRWC

Brendan Gan, Wan Zack & Fitri Omar milik Kelantan

Hari ini KAFA melalui penasihatnya Tan Sri Annuar Musa telah mengesahkan Brendan Gan, Wan Zack Haikal dan Mohd Fitri Omar menjadi milik The Red Warriors. Mereka akan menyarung jersi Kelantan dalam kesemua baki perlawanan Kelantan yang masih ada.

Namun Wan Zack hanya yang masih dalam kecederaan hanya belum boleh diturunkan sepenuhnya dan dijangka direhatkan dalam tempoh sebulan ke 3 bulan lagi. Wan Zack akan beraksi di posisi sayap kanan atau kiri dan dilihat mampu menjadi peledak utama gol Kelantan selepsa ini.

Pemain kidal Fitri Omar pula boleh beraksi dalam pelbagai posisi diharap mampu menerajui posisi kebolehannya iaitu bek kiri, bek tengah dan sayap kiri malah pemain ini juga mampu menjadi penyerang yang mantap. Pemain ini pernah memenangi kasut emas ketika bersama MP Muar dan banyak membantu pasukan MP Muar selepas itu pemain ini beraksi untuk ATM.

Brendan Gan pemain yang baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia dan akan beraksi dalam kouta pemain tempatan Kelantan. Pemain ini pernah bersama skuad Sabah pada 2012 beraksi dalam posisi penyerang.

Kehadiran 3 pemain baru ini diharap mampu mengubah corak permainan Kelantan selepas ini. GOMO KELATE GOMO.

Rate this item
(0 votes)
Empat perlawanan mencabar menanti The Red Warriors

Belumpun reda insiden kad merah dan impak jadual, The Red Warriors tiada masa lagi untuk memikirkan kesilapan lepas sebaliknya harus terus bersedia menghadapi saingan mencabar empat perlawanan berturut-turut menentang pasukan terkuat Liga Super iaitu Selangor  pada 22 Mac ini di Shah Alam, Johor DT pada 25 Mac di Kota Bharu, Terengganu pada 29 Mac di Kuala Terengganu dan ATM pada 12 April di Selayang dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super 2014, sebelum perlawanan pusingan kedua Liga Super bermula 15 April menentang ATM lagi di Kota Bharu pula.

Melalui pemerhatian pada 30 minit separuh masa pertama perlawanan Piala AFC menentang Vissai Ninh Binh malam tadi, barisan pemain muda yang menerajui kesebelasan utama dilihat mempunyai masa depan yang cerah untuk membentuk barisan pemain kedua The Red Warriors bagi mengharungi jadual yang padat The Red Warriors tetapi mereka harus kerap diberikan peluang bermain supaya lebih yakin ketika beraksi. Selain harus diberi penekanan motivasi dan displin yang tinggi dalam mengawal emosi diri dan tekanan perlawanan, bakat-bakat pemain muda ini harus dikembangkan dan jangan dibiarkan mereka kerap memanaskan kerusi pemain simpanan serta insiden kad merah terus membunuh karier mereka.

Selepas ini 4 perlawanan ini akan memberi tekanan baru kepada semua pemain The Red Warriors dan penyokong The Red Warriors. Jika tahun-tahun sebelum ini, setiap kali perlawanan melibatkan 4 pasukan pencabar Kelantan ini pasti akan mendapat sambutan hangat luar biasa di Kota Bharu dan stadium lawan, namun pada musim ini ada segelintir penyokong lebih gemar menjadi pemerhati atau dalam erti kata lain sebagai penyokong "Keyboard Warriors" dan penonton tv tegar setelah beberapa perlawanan dilihat kurang mendapat sambutan.

Apa sudah jadi dengan semangat sokongan tanpa berbelah bahagi penyokong-penyokong tegar yang sering diwar-warkan mereka, adakah mereka juga kini sudah tewas dengan siaran langsung di kaca TV atau menjadi penyokong yang memilih-milih perlawanan?

Perlawanan Selangor bertemu Kelantan sabtu ini (22 Mac) diharap mampu menarik ribuan penyokong Kelantan di Lembah Klang untuk memecah kesunyian Stadium Shah Alam yang pertama kali menerima pengunjung bola sepak pada tahun ini setelah ditutup untuk proses penambahbaikan sejak November 2013. Lupakanlah sejenak isu kad merah dan kekalahan Piala AFC, sama-sama kita memberi tumpuan kepada 4 perlawanan penting ini tanpa rasa was-was kepada pasukan. Sesungguh sokongan kita tidak pernah pudar dan akan sedia bangkit bersama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan.

Kita harus buktikan kepada pengkritik dan pihak lawan pasukan The Red Warriors belum layak dilabel pasukan belasahan..............Status Juara masih lagi dikaki pemain kita...........

AYUH PAKAT BANGKIT LAKO-LAKO...................BUKTIKAN BOLA SEPAK KELATE TETAP HEBAT....................

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Rate this item
(0 votes)
Piala AFC 2014: Kelantan tewas perlawanan dan emosi

Kelantan 2-3 XM Vissai Ninh Binh

Perlawanan Kelantan menentang XM Vissai Ninh Binh malam tadi menyaksikan dua kad merah dilayangkan kepada pemain Kelantan iaitu Shakir Ali dan Khairul Izwan Rosli. Kehilangan dua pemain ini tidak mematahkan semangat pemain lain meskipun terpaksa berkerja keras menahan asakan pasukan lawan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan tewas kali kedua dalam saingan peringkat kumpulan G ini dan akan menentang pasukan XM Vissai Ninh Binh di Vietnam pada perlawanan pertama pusingan kedua peringkat kumpulan 22 April nanti.

Rate this item
(0 votes)
Jadual padat pemusnah emosi dan prestasi pemain Kelantan?
Muhammad Hafiz

Sudah empat musim kita mengharungi musim jadual yang padat dengan penyertaan kita ke kejohanan Piala AFC, jadual yang padat tidak berubah, tapi kenapa baru tahun ini kita terasa kekurangan upaya untuk memberi saingan dalam kejohanan ini? faktor utama ialah penghijrahan beramai-ramai pemain yang level mereka sedikit lebih tinggi dari kemasukan beramai-ramai pemain baru.

Selain pengalaman, pemain yang level lebih hebat dari pemain yang ada musim ini dikalangan pemain reserve sekalipun mempunyai cara latihan mengawal fitness yang baik, membolehkan mereka benar-benar bersaing untuk diturunkan bukannya diturunkan kerana terdesak. Kita juga tak menggunakan pemain yang 'dipetik' dari skuad presiden musim lepas tetapi tahun ini kita menggunakan mereka dengan sebaik mungkin. Walaupun ini perkara positif, namun didalangi oleh masalah yang negatif, tidak cukup pemain berkaliber di bench.

Sekurang-kurangnya kalau ruang bagi Aizat Jaini, Famirul Asyraf dan Lee Chong diberikan kepada 3 nama yang lebih berkaliber dengan sedikit melabur menggaji pemain yang lebih layak saya kira nama 3 pemain itu boleh digunakan malam ini. Apa lagi musim sebelumnya kita ada pemain import lebih khas untuk Piala AFC tapi tahun ini kita terputus stock pemain import simpanan untuk AFC, ini kerana format Import Liga M diubah dan ditambah pemain, tapi kita juga kekurangan seorang lagi pemain import yang boleh di gunakan.

Pelaburan yang berjimat mungkin ada baiknya untuk Cashflow atau kewangan pasukan lebih terkawal, namun banyak perkara negatif yang tidak boleh diseimbangi dan kita tidak berada di keadaan benar-benar bersedia untuk mengkorporatkan TRW FC sebagai hala tuju kita kerana publisiti bukan lah perkara utama untuk menarik minat penyokong walaupun cukup untuk menarik minat penaja, tetapi yang utama penyokong mengharapkan barisan pemain yang lebih memberi impak dalam persembahan serta keserasian pasukan mencetuskan Winning Mentality.

Memainkan pasukan simpanan ketika kita masih sangat berupaya untuk layak namun emosi pemain simpanan tidak terkawal, bukanlah mentaliti mencari kemenangan. Mungkin kita tidak bernasib baik, tapi kita bernasib malang kerana musim ini kita mahu jadi pasukan korporat yang berjimat dalam kesederhanaan penuh wasatiah. Hidup 1Kelantan 1Malaysia. Gomo 1M Gomo.

Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram