TRWC

Published in TRWC

Rumusan 90 minit daripada Kelab SCOREBOARD SSMIV

Jan 11, 2018 Hit: 272 Written by 
Rumusan 90 minit daripada Kelab SCOREBOARD SSMIV

1) SERI tanpa jaringan untuk dua aksi persahabatan berturut-turut di SSMIV tatkala TRW dalam 'laluan' untuk bertemu lawan yang lebih mempunyai STANDARD selepas ini harus menghadirkan sedikit 'wake up' call untuk barisan kejurulatihan.

Foto: GAWANGDOTMY

2) JELAS..'kering idea' & tidak banyak gerakan tersusun dalam perjalanan menghantar bola ke mulut gol lawan..KETUMPULAN yang harus segera dicari penawarnya seandainya TRW berhasrat untuk muncul sebagai watak pesaing dalam kempen domestik

3) DEBUT untuk Sinaga yang bermula dalam kesebelasan utama manakala Lopes masuk menggantikan Fakhrul..PALANG menjadi penghalang untuk Sinaga membuka akaun jaringannya bersama TRW sementara Lopes seakan tidak bersedia untuk pertemuan ini

4) Dong Hyun kekal mempamerkan 'kelasnya'..terlalu awal untuk membuat PENILAIAN tetapi jika ada yang bertanya kepada ambo beliau sememangnya layak untuk jersi nombor 10

5) aksi yang turut memperlihatkan Azwan, Fadhilah & Danial diberikan peluang beraksi masuk menggantikan 'senior2' mereka..SEJUJURNYA 'tenaga' mereka ini harus digunakan sebaik mungkin setidak-tidaknya tidak dilihat sebagai pelengkap kuota kepada skuad

6) KESELURUHAN 90 minit permainan yang agak mendatar kecuali dalam tempoh 10-15 minit penghujung permainan menyaksikan sedikit perubahan apabila berlaku detik cemas yang hampir menghasilkan jaringan

7) secara REALISTIKNYA kedua-dua pengendali pasti berpuas hati dengan keputusan ini kerana MATLAMAT utama mereka untuk aksi ini pastinya bukan mencari kemenangan

8)3 kelab dari 2 negara 'menanti' sebelum TRW melangkah ke musim baru..berbaki sekitar 270 minit tempoh 'percubaan'..semoga masa masih memihak Sathit Bensoh & pembantunya

9) TERIMA kasih buat yang tidak pernah jemu untuk bertandang ke SSMIV..4 bintang untuk penampilan sulung Sinaga manakala Lopes harus berusaha lebih keras untuk menambat hati peminat TRW

10) Bukit Jalil sedang 'melambai' tatkala TRW hampir pasti menamatkan kempen Pra Musim di SSMIV tanpa sebarang gol (& tanpa bolos)..'KEMBARA' untuk awaydays akan bermula 5 hari dari detik ini..semoga 'CINTA' kepada seni bolasepak terus mekar..GKG!!

budakjalanan
11/1/18 00:23
Kota Lama

Read 272 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram