Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Kelantan buru Ferdinand Sinaga

Jan 02, 2018 Hit: 222 Written by 
Kelantan buru Ferdinand Sinaga

Sumber daripada SINAR HARIAN.: BEKAS pemain antarabangsa Indonesia, Ferdinand Sinaga menjadi buruan terbaharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan Kelantan, pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Setiuasaha Agungnya, Husin Deraman tidak menolak penyerang kelab PSM Makassar dalam Liga 1 Indonesia antara calon yang berada dalam perancangan pihaknya bagi melengkapkan kuota Asia Tenggara pasukan pantai timur itu.

“Saya tak nafi Ferdinand Sinaga antara yang berada dalam senarai Kafa selain seorang lagi pemain Indonesia, Singapura dan Vietnam.

 “Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan ya atau tidak sama ada Kelantan akan tandatangani pemain itu selagi belum ada perbincangan dilakukan pihak pengurusan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebuah portal berita negara jiran itu melaporkan, Ferdinand, bekas pemain terbaik Liga Indonesia 2014 hampir pasti tidak bersama kelabnya dan memilih mengubah haluan baharu dengan berkelana ke Malaysia.

 Memetik laporan tersebut, penyerang berusia 29 tahun yang mencetak 12 gol dalam 37 penampilan bersama kelab yang terkenal dengan jolokan Juku Eja itu menjadikan Kelantan sebagai destinasi terbarunya.  

Difahamkan, pemain berkenaan dijangka tiba di Kota Bharu esok untuk mengadakan rundingan bersama Kafa.

Beliau memberitahu, keputusan akhir status pemain import kelima Kelantan itu hanya akan diumumkan selepas pengurusan Kafa mengadakan perbincangan bersama ketua jurulatih, Sathit Bensoh.

“Dia (Sathit) akan kembali bertugas esok  dan kita perlu putuskan pemain import Asia Tenggara dengan segera kerana Kelantan akan menghadapi saingan tiga penjuru Piala Super Boost SportsFix di Kuala Lumpur, pertengahan bulan ini,” katanya.

 

Last modified on %AM, %03 %392 %2018 %08:%Jan
Read 222 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram