| Misi Pulih Maruah | ||
|
|
Share
Pertembungan antara "The Red Warriors" melayan kunjungan "The Bees" di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Sabtu ini dilihat satu perlawanan yang cukup sengit. Kelantan yang dicalar rekod cemerlang di gelanggang sendiri oleh Sang Kenari perlu menang pada perlawanan ini bagi meraih sokongan dan kepercayaan dari penyokong setia Pahlawan Merah. Penyokong dilihat sudah "panas" dengan aksi hambar pasukan "bintang" Kelantan yang dilihat gagal memberi persembahan yang diharapkan. Pasukan Johor FC juga mahukan kemenangan ini selepas dijinakkan pasukan Kuala Lumpur di gelanggang sendiri. Berdasarkan rekod pertemuan TM Liga Super yang lepas, Johor FC dilihat mempunyai kelebihan dengan memenangi kedua-dua pertemuan itu, 2-0 ketika bermain di Johor dan 2-1 ketika bertandang ke gelanggang "tuan rumah" di Bukit Jalil. Rekod cemerlang itu memberi "amaran" agar anak buah B.Sathianathan lebih berhati-hati serta bersedia mengerah segala kudrat yang ada untuk membenam cabaran "The Bees" di hadapan penyokong fanatik The Red Warriors yang dahagakan kemenangan. Pertemuan kedua pasukan dilihat bakal mempamerkan aksi seimbang apabila dilihat kedua-dua pasukan mengalami masalah yang sama iaitu penyudah yang tumpul. Di benteng pertahanan pula Kelantan mempunyai kelebihan dengan gandingan Azizi, Subra, Daudsu, Farisham dilihat gandingan yang mantap dan sukar untuk dibolosi. Kelantan cuma mempunyai sedikit masalah di posisi penjaga gol apabila sikap tidak berhat-hati Syed Adney membawa padah kepada pasukan serta membangkitkan kemarahan penyokong. Kelantan membuat satu keputusan mengejutkan apabila memanggil semula penjaga gol, Halim Napi bagi menguatkan benteng terakhir skuad The Red Warriors. Menjadi persoalan dan teka-teki sama ada Syed Adney ataupun Halim Napi yang akan diturunkan esok. Soal siapa yang bakal diturunkan tidak penting, tetapi apa yang pasti siapa yang menjadi pilihan B.Sathianathan akan menggalas tugas yang berat bagi memastkan gawang Kelantan tidak dibocori dengan mudah. Di bahagian tengah pula, Kelantan dilihat bakal mengekalkan gandingan Piya dan Shakir di bahagian tengah manakala di bahagian sayap kanan pula dijangka akan diisi oleh Norfarhan yang sebelum ini dibelenggu kecederaan. Kapten pasukan, Indra Putra sudah pasti menerajui pasukan Kelantan dan akan bermain di sayap kiri. B.Sathianathan dilihat akan membuat rombakan dibahagian serangan yang dilihat gagal menjaringkan gol. Beliau mungkin akan meletakkan Akmal dibahagian "Striker" dibantu oleh Norsharul Idlan Talaha. sebagai "Backup Striker". Hairudin dijangka akan mengisi kerusi pemain simpanan dan akan menjadi pemain "super-sub". Selain gandingan Akmal-Norsharul, B.Sathianathan juga mempunyai pilihan menggandingkan Norshahrul bersama S.Chanturu ataupun Hai-O. Stadium Sultan Muhammad Sabtu ini dijangga bergelora dengan kehadiran puluhan ribu "Tentera Merah". Hakikat yang diakui, satu tugas sukar menanti skuad bimbingan Ramlan Rashid apabila bukan sahaja perlu menetang pasukan "bintang" The Red Warriors malah mereka terpaksa bersedia dari segi mental untuk menahan asakan dari penyokong fanatik tuan rumah. Ini merupakan kunjungan pertama pasukan Johor FC ke Kota Bharu selepas aksi tahun lalu dilansungkan di Stadium Bukit Jalil selepas KAFA dihukum gara-gara sikap ganas penyokongnya. Kunjungan Johor FC kali ini juga dilihat tida tepat pada masanya, kerana sudah pasti pasukan The Red Warriors ibarat harimau yang terluka bersedia mengaum untuk membaham mangsanya. Hanya kemenangan sahaja yang mampu mengubat kesedihan penyokong setia The Red Warriors yang sebelum ini terluka dek "terjahan" sang Kenari.
Ramalan : Kelantan 1-0 Johor FC
|
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM
