| Kijang Bikin Singa Gusar Dan Badak Merana | ||
|
|
Share
Setakat ini Lion XII mengumpul 50 mata daripada 24 perlawanan manakala Kelantan mengumpul 47 mata daripada 20 perlawanan. Kelantan mempunyai peluang cerah memintas kedudukan Lion XII sebelum menyamai jumlah 24 perlawanan yang sudah diharungi Lion XII. Perlawanan yang berlangsung malam tadi meneruskan aksi hambar skuad The Red Warriors meskipun menang selesa ke atas Sabah. Rentak permainan yang terlalu berhati-hati dan kurang memberangsangkan memberi sedikit kehampaan kepada penyokong yang hadir untuk melihat prestasi menarik The Red Warriors. Namun tidak dinafikan juga taktikal Bojan Hodak sentiasa berubah-ubah mengikut pasukan lawan.
Perlawanan seterusnya menentang Terengganu selasa ini amat mencabar bagi Kelantan untuk meneruskan rentak kemenangan. Keyakinan 100% dengan kemampuan Bojan Hodak dan anak buahnya pasti akan mencipta kemenangan kedua ke atas Terengganu dalam saingan Liga Super 2012 ini. Teruskan memburu kemenangan dan kejuaraan kedua Liga Super. Kekalkan sokongan padu anda semua/ GOMO KELATE GOMO. YAKIN KELATE BOLEH.
|
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM
- Rekod Kebal 2 tahun Kota Bharu lebur

Jaringan Rizal Fahmi pada minit ke-6 dan gol kedua jaringan Indra Putra pada minit ke 92 telah membantu Kelantan mencipta kemenangan ketiga dan terus membuat pasukan Sabah merana. Kemenangan ini juga makin menghimpit dan meresahkan Lion XII pendahulu liga yang kini berehat sehingga 10 julai.