| Kelantan Janji Aksi Terbaik | ||
|
|
Share
Pasukan Kelantan berazam untuk menampilkan persembahan terbaik dalam dua lagi baki perlawanan terakhir liga meskipun Kelantan sudah sah mempertahankan kejuaraan Liga Super 2012 namun rekod kalah 1 perlawanan harus dipertahankan. Kelantan dijangka tidak berdepan masalah untuk mengekang Felda United di stadium Hang Jebat Melaka pada malam ini (10 julai) biarpun turun tanpa Ghaddar yang diberi pelepasan pulang ke Lubnan semalam. Rentak perlawanan semasa menewaskan Perak masih lagi memukau seluruh penyokong Kelantan dan sememangnya layak memperolehi kemenangan besar. Pada pusingan pertama Liga Super (31 mac) lalu, Kelantan berjaya menundukkan Felda United 5-1 di Kota Bharu, tidak mustahil Kelantan mampu mengekalkan atau menambah rekod kemenangan pada malam ini. Inilah masanya pemain-pemain yang kerap memanas bangku diberi peluang mempamerkan aksi terbaik mereka sekiranya terpilih dalam kesebelasan utama. Kejayaan Felda United menewaskan T-Team dan PKNS dalam dua perlawanan terkininya tidak harus dpandang mudah oleh kesebelasan pemain Kelantan yang dipilih nanti. Walaupun diakui prestasi Kelantan pada ketika ini berada ditahap terbaik dalam sejarah bolasepak Kelantan. Disaat isu kad merah kapten Perak masih lagi menjadi topik hangat di internet oleh segelintir penyokong Kelantan, bagi seluruh penyokong Kelantan yang menganggap isu tidak perlu dipanjangkan dan mereka sedia memohon mewakili Ghaddar sekiranya rasa tidak puas hati makin menebal dihati peminat-peminat bolasepak pasukan sendiri atau lain. Isu seperti ini tidak perlu dipanjangkan memandangkan pencapaian pasukan lebih diutamakan. Adakah anda sudah memiliki tiket perlawanan KELANTAN lawan QPR? Jika belum dapatkan sekarang! Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan bersejarah ini.
|
- Kenali Penyokong - Betterman
- Penyokong Kelantan dibelasah teruk?
- Sikap Azwan Roya dipuji Penyokong Kelantan
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua

