Web-Banner 3rd-Parties2

Tahniah! Semoga Kelantan Terus Hebat Sokmo!
 emel
Share

juaraLS2012

14 Julai - Kota Bharu: Akhirnya Kelantan berjaya menjulang piala Liga Super buat julung kali di Kota Bharu sebaik sahaja tamat perlawanan terakhir yang penuh dramatik dan menarik sepanjang 2012 ini.

Tiga gol Kelantan jaringan Norfarhan 2 gol dan Piya 1 gol pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menghukum Sarawak melalui ujian getir perlawanan "Play Off" Liga Super 2013 nanti sekaligus gagal layak ke saingan Piala Malaysia 2012.

Sambutan gilang gemilang penerimaan piala berjaya memecah kesunyian bandar Kota Bharu dengan dentuman dan percikan bunga api. Kehadiran lebih 20 ribu penyokong setia The Red Warriors memeriahkan lagi sambutan ini di tambah kemenangan perlawanan penutup yang bergaya.

Kelantan menerima trofi Piala Liga Super dan replika cek bernilai RM750, 000 menjadi milik Kelantan. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh pemain, pendokong dan penyokong The Red Warriors yang sentiasa memastikan kemeriahan bolasepak Kelantan aktif dimana sahaja samada di dalam stadium mahupun luar stadium.

 

Kejayaan ini juga bukanlah masa untuk menjadikan kita riak dan memandang rendah kepada pemain atau penyokong pasukan lain sebaliknya kejayaan ini harus dikongsi bersama pasukan lain dengan menghormati perasaan orang lain kerana kita pernah berada di tahap mereka.

SELAMAT TINGGAL LIGA SUPER 2012. SEMOGA KITA TERUS MENJADI PASUKAN YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN ANUGERAH YANG DIBERIKAN ALLAH DAN SENTIASA BERUSAHA MENGEJAR KEJAYAAN.

piyaJLS

  Newer: