| Kelantan Sering Dicemburui | ||
|
|
Share
Tidak hairanlah apa yang berlaku ke atas kes Ghaddar mendapat liputan meluas media massa yang sentiasa menanti memanaskan segala isu sensasi berkaitan Kelantan disaat surat khabar sekarang sesuai dijadikan kertas bungkusan makanan di bulan ramadhan yang mulia ini. Kritikan pedas Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dalam Berita Harian 28 Julai bertajuk "FAM Prejudis Terhadap KAFA" bagi orang FAM sekadar masuk telinga kanan keluar kiri tetapi bagi seluruh rakyat Kelantan, mereka sangat berharap seluruh pencinta bolasepak Malaysia memahami isu ini demi kemajuan bolasepak Malaysia. Sikap FAM terus berperang dengan KAFA dilihat seperti hendak menutup segala kelemahan FAM yang berjaya ditonjolkan dengan baik oleh KAFA melalui Tan Sri Annuar Musa dalam menaikkan imej bolasepak Malaysia. Kejayaan KAFA mengadakan perlawanan persahabatan menentang QPR 20 julai lalu menjadi satu sinar terang kepada bolasepak Malaysia yang sentiasa diberi peluang kepada pasukan seperti Selangor dan pilihan Malaysia sahaja bagi sesuatu perlawanan persahabatan antarabangsa berbanding di luar negara perlawanan seperti ini biasanya diberi peluang kepada kelab yang bertanding dalam liga. Bolasepak Malaysia hanya untuk Piala AFF sahaja.
Kekalahan 5-0 Kelantan kepada skuad QPR dijadikan modal oleh wartawan glamour media massa untuk mengherdik skuad Kelantan, namun sepatutnya mereka harus fahami taktikal Bojan Hodak dalam perlawanan persahabatan dianggap perlawanan yang memberi peluang kepada semua pemain beraksi kerana kemungkinan semua pemain ini untuk diberi peluang beraksi dalam perlawanan antarabangsa jelajah kelab EPL lain sudah pasti amat sukar. Penyokong Kelantan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka kerana akur Kelantan tidak menurunkan kesebelasan utama, kekalahan bukanlah noktah perjuangan seperti pernah berlaku dalam EPL 2011-2012 pasukan QPR pernah menewaskan Chelsea 1-0, adakah pasukan QPR lebih kuat berbanding Chelsea?.kerana selepas itu Chelsea membelasah QPR 6-1, inilah keunikan bolasepak. Percubaan berani Kelantan menjadi kebanggaan kepada pencinta bolasepak Malaysia. Kelantan adalah satu-satunya pasukan setakat ini di Malaysia mampu memecah rekod jualan tiket perlawanan bolasepak samada dalam perlawanan biasa mahupun perlawanan akhir meskipun mereka perlu membayar harga tiket paling mahal di Malaysia RM15 perlawanan biasa di Kota Bharu dan RM40 perlawanan akhir. Jualan tiket menentang QPR menyamai jualan tiket perlawanan jelajah kelab eropah yang lain, biarpun penyokong Kelantan mampu melebihi penyokong Malaysia sewaktu perlawanan menentang Arsenal minggu lalu. Insiden KAFA yang mendakwa telah didakwa balik oleh FAM antara bahan lawak paling lucu di Malaysia, watak-watak yang dimainkan oleh pelakon FAM tanpa rasa segan silu mengeluarkan kenyataan bodoh dianggap mampu menjejaskan imej bolasepak Malaysia dan diherdik hebat oleh Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Namun apakan daya ada mereka kisah dengan kemajuan bolasepak Malaysia, apa yang penting bagi mereka gaji mereka jalan dan jawatan yang disandang terus selamat. Adakah patut hukuman menggosok kepala atau menepuk belakang berjaya dibuktikan dengan mudah berbanding insiden menumbuk kemaluan yang dapat dilihat secara jelas melalui siaran langsung dan kini disimpan dalam Youtube? Alangkah lebih baik menggunakan alasan emak dihina sehingga boleh menghalal mana-mana pemain memecahkan pintu bilik persalinan atau menumbuk lawan. Salah tetap salah, jika dakwaan Ghaddar memerlukan bukti yang kukuh, bagaimana pula perdakwaan terhadap Ghaddar tidak pula dihuraikan bukti yang diperolehi atau sudah cukup melalui percakapan Bunyamin atau Amri Yahya. Jika Ghaddar terbukti bersalah, KAFA menerima dengan penuh ragu-ragu keputusan ini jika pendakwaan KAFA dibakul sampahkan. Inilah antara episod malang bolasepak Malaysia yang terus dipimpin oleh pemimpin yang sukar menerima kemajuan atau pembaharuan. Mereka sudah pasti cemburu jersi Kelantan penuh dengan logo penaja, jualan tiket laris, jualan jersi paling laris atau sakit mata dan hati apabila pergi ke mana sahaja ada manusia yang memakai jersi merah putih The Red Warriors. Walauapapun usaha dan hukuman yang dikenakan ke atas Kelantan, ianya sedikitpun tidak akan mematah semangat penyokong The Red Warriors untuk terus menjadi penyokong paling ramai di Malaysia dan terus menghidupkan bolasepak Malaysia. GOMO KELATE GOMO
Saya baru saja menerima email dari MR EUAN INGLIS,QPR COMMERCIAL DIRECTOR MENJEMPUT SAYA KE LOFTUS RD PADA 15SEPT UNTUK MERUNDINGKAN SATU KERJASAMA JANGKA PANJANG TRW-QPR..QPR JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASEH ATAS SEGALA KERJASAMA DAN SAMBUTAN YG KITA BERIKAN.BELIAU MENYEBUT SECARA KHUSUS SAMBUTAN YG KITA BERI DI KOTA BHARU SEBAGAI "SESUATU YG HEBAT DAN AKAN DIKENANG SELAMANYA"OLEH QPR....SYUKURLAH..SETAKAT INI TRW SUDAH MEMBAWA PASUKAN DARI 7 NEGARA MENJEJAK KAKI KE BUMI KITA KLATE...LEBANON U23,NAVIBANK VIETNAM,AYEYAWADY MYANMAR,BALISTIER SPORE,AREMA MALANG,PERSEBAYA INDON,QPR ENGLAND DAN 25/9 ARBIL IRAQ..SEDIKIT SEBANYAK BOLASEPAK MENJULANG NAMA NEGERI DAN MEMBUKA PINTU PERHUBUNGAN LUAR NEGARA BUAT KLATE KITA
|
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM


