| Piala Malaysia 2012: Saingan Kelantan Berliku | ||
|
|
Share
2 Ogos- Kuala Lumpur; Keputusan undian semalam menyaksikan Kelantan diundi dalam kumpulan B iaitu kumpulan maut bersama gergasi bolasepak masa kini Terengganu, ATM, dan Kedah. Kelantan akur dengan keputusan undian ini memandangkan kesemua pasukan pernah ditewaskan dalam saingan Liga Super dan Piala FA 2012 namun pasukan Kelantan tidak memandang mudah saingan ketiga-tiga pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia yang pada kebiasaannya semua pasukan lebih bersemangat dan bersedia dengan barisan terbaik mereka setelah melalui percaturan awal Liga Super dan Piala FA. Menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas raya pada 22 ogos nanti, Sudah pasti misi membalas dendam masih terpahat dijiwa para pemain dan penyokong ketiga-tiga pasukan ini, ini kerana untuk rekod Kelantan telah menewaskan Terengganu untuk merebut slot ke separuh akhir Piala AFC, Kedah pula ditewaskan melalui kelebihan gol ditempat lawan dalam saingan suku akhir Piala FA 2012 manakala ATM dikalahkan dalam perlawanan persahabatan. Pertarungan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia kali ini penuh berliku, jika dilihat prestasi semasa ketiga-tiga pasukan ini. Kegagalan pasukan ATM, Terengganu dan Kedah dalam pertarungan Piala FA 2012 lalu akan menjadikan Piala Malaysia sebagai peluang penebus maruah manakala Kelantan diharap mampu memperbaiki kedudukan pada tahun ini setelah gagal mara ke peringkat akhir pada Piala Malaysia tahun lalu. Adakah faktor Hairuddin Omar akan terus menghadiahkan aura kemenangan untuk ATM merebut kejuaraan ini setelah pemain ini berjaya mencipta hatrik merangkul kejuaraan ini 3 tahun berturut-turut bagi koleksi peribadi sewaktu bersama Kelantan dan Negeri Sembilan juga menjadi perhatian peminat bolasepak Malaysia. Tugas getir menanti Bojan Hodak yang akan memastikan skuad terbaik Kelantan untuk mengharungi saingan Piala Malaysia dan suku akhir Piala AFC berbanding pasukan lain yang hanya fokus kepada perlawanan Piala Malaysia sahaja. Seluruh penyokong Kelantan diseru memberi sokongan teguh bersama Bojan Hodak dan para pemain sepanjang saingan Piala Malaysia dan Piala AFC berlangsung kerana sokongan anda semua boleh mengubah segala percaturan atau perancangan lawan. Kehadiran puluhan ribu penyokong sentiasa digeruni dan terbukti mampul memusnahkan seluruh impian penyokong lawan.GOMO KELATE GOMO. Untuk makluman perlawanan akhir akan berlangsung pada 20 Oktober 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan bermula tahun 2013-2016 FAM telah menukar format pertandingan Piala Malaysia, dimana format baru akan memberi peluang kepada KEsemua pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana beraksi dalam saingan Piala Malaysia.
|
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM

