| Adakah Skrip Juara Piala Malaysia 2010 Akan Berulang? | ||
|
|
Share
Berdasarkan keputusan 3 perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012, Kelantan seperti mengulangi keputusan perlawanan Piala Malaysia 2010 apabila Kelantan kini kalah perlawanan pertama, menang perlawanan kedua dan seri perlawanan ketiga. Perlawanan pertama dalam pusingan kedua akan bermula 1 september ini, jika perlawanan pertama pusingan kedua pada 2010 di Paroi, Kelantan sekadar seri 2-2 dengan Negeri Sembilan, adakah sabtu ini skrip ini akan diubah dan siapa yang berjaya mengubahnya atau sebaliknya menjadikan debaran perlawanan Kelantan menentang ATM makin mencabar. Kebiasaannya Kota Bharu tidak pernah menghampakan peminat bolasepak Kelantan, kesebelasan pemain akan menunjukkan aksi berbeza jika bermain di gelanggang sendiri kerana tekanan ribuan penyokong mereka. Lebih 90% pemain yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2010 masih kekal bersama Kelantan, agak mustahil Kelantan yang kini dibantu awang import gagal memanfaatkan bermain tempat sendiri.
Meskipun bekas jurulatih dan pemain yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 buat julung kali kini bersama pasukan ATM, melihat perlawanan selasa lalu Kelantan mampu menguasai perlawanan jika prestasi bahagian tengah ditingkatkan dan membantu barisan serangan mencipta peluang gol. Norshahrul yang masih kemarau gol dalam saingan Piala Malaysia ini perlu diberikan peluang untuk dirinya mengembalikan prestasi terbaiknya selepas bertungkus lumus sejak pulih dari kecederaan. Faktor Shakir, Piya dan Indra masih menjadi harapan seluruh penyokong Kelantan, setelah Shakir membuktikan rembatan tepatnya yang berjaya ditampan sabtu lalu disudahkan dengan baik oleh Obinna Nwaneri. Shakir dan Piya perlu lebih kerap melakukan percubaan berani memecah benteng kubu lawan terutama disaat pasukan masih buntu menerjah kawasan gol lawan. Kelantan dilihat tidak menghadapi masalah menurunkan kesemua pemain yang sama pada selasa lalu untuk perlawanan sabtu ini kecuali Muhd Ghaddar yang kini dalam rawatan pakar ISN akibat kecederaan ringan di pangkal paha. Norfarhan perlu diberi peluang lebih lama membantu jentera serangan kerana pemain ini dilihat mampu membolosi kubu lawan dengan baik. Kenyataan B. Sathianathan yang menyatakan akibat perlawanan terhenti mengganggu rentak perlawanan ATM selasa lalu adalah benar jika perlawanan final Piala FA 2011 dijadikan pengajaran berguna seluruh penyokong Kelantan kerana disaat Kelantan telah mendahului perlawanan dihentikan dan memberi semangat pasukan Terengganu kembali menjuarai Piala FA 2011 serta dibantu tambahan masa akibat perlawanan dihentikan. Ternyata insiden ini tidak dijadikan pengajaran kepada penyokong Kelantan, satu lagi risiko yang mungkin sukar diterima ialah jika semua pengadil bersepakat menghentikan terus perlawanan dan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Dalam bolasepak apa saja boleh berlaku akibat kecuaian pemain atau penyokong. Selain perlawanan sabtu ini, perlawanan Kedah menentang Terengganu harus dikaji dari awal kebangkitan kedua-dua pasukan ini. Adakah Terengganu mampu bangkit di Kuala Terengganu atau Kedah sudah bangkit dari tidur lena turut menjadi perhatian Kelantan. Kemenangan amat ditagih oleh seluruh penyokong Kelantan dalam memastikan Kelantan mampu melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih diatas Kesungguhan semua pemain dan penyokong yang akan menentukan penguasaan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia ini. TERUS BERJUANG TANPA JEMU DEMI KELANTAN. GOMO KELATE GOMO.
Senarai Pemain Final & Juara Piala Malaysia 2010: KELANTAN 2012: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin , Obinna Nwaneri, Mohd Farisham Ismail, S. Subramaniam, Mafrey Balang, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin , Mohd Shakir Shaari , Nurul Azwan Roya, Mohd Norfarhan Muhammad dan Norshahrul Idlan Talaha. S Chanturu Mohd Afiq Azmi, Muhd Ghaddar
|
||||||||||||||||||||||||
- Piala FA 2013:Belum masanya mendabik dada -TSHAM
- Piala FA:Tiada pilihan lain kecuali menang? Penyokong
- Kenali Penyokong - Betterman
- Penyokong Kelantan dibelasah teruk?
- Sikap Azwan Roya dipuji Penyokong Kelantan
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!

