| Kelantan Gah Benam Terengganu | ||
|
|
Share
Kelantan Kenduri gol, penutup bulan syawal. Kota Bharu: Kelantan berjaya menebus kembali aib ketika ditewaskan Terengganu 2-0 semasa perlawanan pembukaan dengan membalas balik jaringan 6 gol kemenangan berbalas 1. Ini menjadikan penutup musim yang amat perit dalam sejarah bolasepak Terengganu selain daripada krisis dalaman yang melanda skuad Sang Penyu ini. Kemenangan ini dianggap kemenangan maruah bagi seluruh penyokong Kelantan. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Afiq pada minit 13, Norfarhan pada minit 29 dan 47, Piya pada minit 76 dan 81 serta Indra pada minit 86 manakala gol saguhati Terengganu dijaringkan oleh Hasmizan pada minit 79. Kota Bharu kekal menjadi benteng kebal Kelantan sepanjang perlawanan 2012 untuk saingan Kelantan menentang Terengganu. Kehadiran luar biasa seluruh penyokong Kelantan juga membantu memeriahkan perlawanan ini. Tahniah kepada seluruh pemain, pendokong dan penyokong Kelantan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kejayaan Kelantan ke suku akhir. Ayuh terus utuh bersama The Red Warriors untuk perlawanan suku akhir Piala Malaysia dan AFC pula. SEMO HEBAT BELAKO.....GOMO KELATE GOMO
|
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM


