| SEKADAR RENUNGAN BESAMA (i) | ||
|
|
Share Assalamualaikum wrt dan Salam Satu Malaysia
Syukur ke hadrat illahi kerana diberikan peluang untuk terus bernafas hari ini seterusnya berkongsi sedikit idea dan pendapat bersama anda sekalian. Coretan kali pertama ini mungkin akan berkisar tentang pengalaman saya berada di stadium keramat kita, Stadium Sultan Muhammad Ke-4 bagi mengikuti perlawanan persahabatan antara Kelantan atau The Red Warriors menentang Kedah.
Sekali lagi syukur kerana peluang ini hadir juga buat saya sekalipun sudah hampir 2 tahun saya tidak menjejakkan kaki di stadium keramat ini. Perlawanan terakhir yang saya saksikan di sini adalah Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-raja yang berkesudahan kita merangkul kejuaraan pada tahun tersebut. Selalunya ,peluang untuk saya melihat Kelantan beraksi didepan mata hanyalah di stadium-stadium pelawat dan pentas-pentas akhir saingan. Banyak benar perubahan baru dan banyak juga yang masih berada di takuk lama. Aura perlawanan persahabatan pastinya tidak dapat menyaingi dengan aura perlawanan sebenar. Namum telahan ini berbeza di Kelantan kerana ianya tidak menjadi persoalan buat peminat-peminat. Stadium tetap dibanjiri oleh mereka-mereka yang berbaju putih dan merah. Setiap ruang dan sudut dipenuhi oleh peminat dari semua golongan, yang telah berpusu-pusu hadir seawal pintu masuk dibuka. Bagi ruangan terbuka yang dikenakan tiket RM5.00, pastinya kawasan tengah dibawah scoreboard yang lama akan menjadi pilihan. Berada hampir dengan pasukan gendang rasmi akan menjadi salah satu tarikan dan juga kelebihan buat mereka. Pengalaman ini juga merupakan pengalaman kali pertama saya berpeluang melihat perlawanan di SSMIV dari sudut pandang yang berbeza. Iaitu kali pertama saya berpeluang untuk berada di astaka. Meskipun di stadium-stadium lain saya pernah berpeluang duduk di kawasan astaka, namum di sini perasaannya berlainan, mungkin kerana kita tidak akan mampu berpeluang melihat penyokong pasukan lawan. 100 peratus tempat duduk di stadium bakal dipenuhi para penyokong Kelantan. Melihat kepada keadaan tersebut, alangkah bertuahnya jika sokongan yang diluahkan itu lebih padu dan jitu. Mungkin perubahan-perubahan besar boleh diambil kita semua tahun ini kerana kita akan kembali dengan matlamat bukan sahaja mempertahankan 3 piala yang telah kita rangkul, kita juga punya keinginan untuk merangkul anugerah Penyokong Terbaik sepanjang saingan liga musim hadapan. InsyaAllah. Keputusan dan mutu perlawanan tidak banyak yang ingin saya persoalkan. Persembahan secara ratanya masih boleh dipuji. Dan dengan harga tiket yang dikenakan juga ianya masih boleh dikira memuaskan. Apalah nak berkira sangat andainya duit tiket itu dilihat sebagai sumbangan peminat dalam usaha terus menjayakan pasukan The Red Warriors. Cuma apabila pulang, saya melihat begitu banyak sekali komen berkaitan dengan hal kawalan pintu masuk di kawasan terbuka. Dan ini setentunya bukan cakap kosong dengan jumlah kehadiran penonton yang amat mengejutkan dengan jumlah yang begitu ramai sehinggakan terpaksa ditayangkan secara langsung di layar besar di pintu masuk utama masuk ke stadium. Beberapa tika sebelum saya mencoret cerita ini, Tan Sri Presiden sendiri ada mengulas tentang hal tersebut di facebook beliau dan katanya satu mesyuarat segera akan diambil bagi membincangkan hal tersebut. Keselamatan penonton adalah antara perkara utama yang perlu dititik beratkan. Sejarah pernah mengajar kita dengan beberapa insiden besar berhubung hal keselamatan penonton yang tidak diambil berat sehingga mengabikatkan banyak kerugian kepada pasukan dan juga pihak pengurusan sendiri. Peminat selaku pemegang saham utama perlulah diberikan layanan yang setimpal dalam usaha menjamin kejayaan pasukan itu sendiri. Langkah-langkah pro-aktif perlu diambil segera untuk mengatasinya secara berhemah dan efisyen. Semoga hal ini akan menjadi perkara pokok dan peringatan buat semua dalam masa yang akan datang. ...Selamanya The Red Warriors.......
|
- Piya - Jeneral terhormat yg tidak didendang
- Semoga Semangat Kembali Membara
- Kejayaan Tidak Sepenuhnya Bergantung Kepada Kemenangan
- Ulasan Dan Analisis Selepas 4 Perlawanan
- Pasukan mana mereka sokong musim lepas?
- “This is Kota Bharu” : JMF -TMJ
- Buat Pejuang Dihujung Usia
- Bangkit! Perjuangan Sebenar Baru Sahaja Bermula
- Jangan Berhenti Berharap
- Bukan Hanya Wang Membawa Kejayaan - Karathu

