| ANGIN DARI KOTA BHARU | ||
|
|
Share
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ini www.theredwarriors.com telah melancarkan produk terbaru iaitu The 12th Warriors. Ramai yang masih bertanya tentangnya setelah ia dilancarkan pada 12.12.12 yang lalu. Bagi kami di www.theredwarriors.com, ini adalah kelab peminat yang mana kami dedikasikan khas buat pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong kami. Pun begitu objektif utama kewujudan kelab ini pastinya adalah untuk memberikan manfaat kepada semua, terutamanya penyokong dan peminat setia The Red Warriors. Begitulah harapan CEO Theredwarriors.com, saudara Lihasrizad ketika pertama kali cadangan ini diutarakan kepada beliau. Ini adalah berdasarkan faktor bahawa asas sesebuah persatuan atau sebarang organisasi adalah dari grass root atau dasarnya, dan dalam konteks red warriors itu sendiri setentunya peminat dan penyokong sekalian. Tanpa anda semua siapalah kami yang masih mampu berdiri hingga kini. Menjadi sebuah kelab tersohor dalam sekelip mata sebenarnya menarik perhatian ramai pihak. Dalam kita meraikan dan merayakan kegemilangan berterusan ini pasti akan ada hati-hati yang iri dan juga ingin mengambil kesempatan di atas hal yang tersebut. Waspadalah, jika kegemilangan ini berjaya kita kecapi dalam sekelip mata, maka sekelip matalah juga segala nikmat ini boleh ditarik semula. Pun begitu saya percaya bahawa kita semua sudah matang untuk menilai dan menangani perkara ini sebaiknya sekiranya ditakdirkan berlaku demikian. Hadirnya The 12th Warriors adalah untuk menyerikan lagi sokongan dan menambah kemeriahan untuk Red Warriors itu sendiri. Tidak berniat sama sekali untuk menyaingi mana-mana pihak. Pun begitu untuk masa panjang kelab ini bakal punya agenda-agendanya yang tersendiri, sekalipun sekarang seolah ianya seolah seperti berpaksikan kepada www.theredwarriors.com. Namum apabila masanya tiba ia akan dipacu oleh jawatankuasa tersendiri yang akan dipilih melalui AGM. Menjadi harapan kami dengan wujudnya The 12th Warriors ini maka apa jua yang sepatutnya menjadi hak kepada penyokong akan kembali kepada penyokong. Mungkin tiada siapa tahu suatu hari kelak, RED WARRIORS bakal bukan menjadi milik siapa-siapa namum milik seluruh peminatnya.
|
- Piya - Jeneral terhormat yg tidak didendang
- Semoga Semangat Kembali Membara
- Kejayaan Tidak Sepenuhnya Bergantung Kepada Kemenangan
- Ulasan Dan Analisis Selepas 4 Perlawanan
- Pasukan mana mereka sokong musim lepas?
- “This is Kota Bharu” : JMF -TMJ
- Buat Pejuang Dihujung Usia
- Bangkit! Perjuangan Sebenar Baru Sahaja Bermula
- Jangan Berhenti Berharap
- Bukan Hanya Wang Membawa Kejayaan - Karathu


