| Kelab Penyokong Akan Kemukakan Rayuan Kepada KAFA | ||
|
|
Share
Tiada lagi tempahan tiket awal? Kesungguhan KAFA dalam membanteras gejala ulat tiket kali ini memang menampakkan ketegasannya apabila tempiasnya mula terasa kepada pimpinan kelab-kelab penyokong yang berada dibawah sokongan KAFA. Mereka kini mengeluh kerana KAFA telah memutuskan kelebihan menempah tiket awal untuk ahli-ahli kelab dan wakil khas KAFA dibekukan dan mereka disaran mendapatkan tiket-tiket di kaunter stadium bersama-sama penyokong lain. Apa yang merisaukan mereka juga kebanyakan ahli-ahli kelab penyokong yang menempah tiket ini berada di luar Kota Bharu dan luar Kelantan, oleh itu menjadi masalah besar bagi mereka untuk turun beratur bersama-sama penyokong lain pada hari bekerja dan memohon cuti. Mereka menyokong penuh usaha dan keputusan KAFA dalam menyelesaikan isu-isu ini, namun mereka juga sangat berharap KAFA mempertimbangkan balik keputusan ini hanya untuk kelab-kelab penyokong yang berdaftar di bawah KAFA. Jika tidak, kelab-kelab ini akan dilihat tiada lagi eksklusif oleh ahli-ahli mereka yang berdaftar. Mereka berharap perkara ini dapat diselesaikan dan mencapai kata sepakat sebelum Liga Super bermula. Terima kasih diatas sokongan padu dan semangat semua penyokong Kelantan kepada pasukan The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO.
|
- Piya - Jeneral terhormat yg tidak didendang
- Semoga Semangat Kembali Membara
- Kejayaan Tidak Sepenuhnya Bergantung Kepada Kemenangan
- Ulasan Dan Analisis Selepas 4 Perlawanan
- Pasukan mana mereka sokong musim lepas?
- “This is Kota Bharu” : JMF -TMJ
- Buat Pejuang Dihujung Usia
- Bangkit! Perjuangan Sebenar Baru Sahaja Bermula
- Jangan Berhenti Berharap
- Bukan Hanya Wang Membawa Kejayaan - Karathu

