Web-Banner 3rd-Parties2

The Red Warriors Dibarisi 90% Anak Kelantan
 emel
Share

Menjelang 2011 yang bakal menutup tirai 2010 hanya 2 minggu sahaja lagi. Tan Sri Annuar Musa memberi keyakinan pada semua peminat The Red Warriors, barisan yang disenaraikannya ini mampu mencipta pelbagai kejayaan pada musim depan walaupun tidak ramai kelibat pemain ternama. Barisan ini dibarisi majoriti pemain berumur bawah 24 tahun dan 90% adalah anak jati Kelantan yang sudah bersedia menggalas tugas yang diberikan oleh seluruh peminat The Red Warriors.

 

Presiden KAFA meletakkan sasaran yang minima untuk musim depan iaitu target ke separuh akhir TM Piala FA, 4 pasukan teratas TM Liga Super dan mempertahankan TM Piala Malaysia. Jika diteliti target yang diberikan Tan Sri Annuar Musa ini, hanya pemain ke-12 iaitu para penyokong The Red Warriors sahaja yang mampu merubah target presiden KAFA ini supaya menjadi lebih cemerlang. Gelombang ombak sorakan The Red Warriors akan bergema dari seluruh stadium di semenanjung Malaysia hinggalah ke Sabah dan Sarawak, bagi memberi aura pada kesebelasan pemain yang beraksi nanti. Laungan suara "Gomo Kelate Gomo" sukar ditenggelamkan dengan laungan suara penyokong lawan.

 

Peminat The Red Warriors akur dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang dengan sikap 3 bekas pemain yang telah mengecewakan hati mereka. Para penyokong yakin pemain-pemain yang ada lebih muda,berdaya saing dan mampu mengekalkan momentum kejayaan Kelantan. Tahun 2011 bakal menjadi tahun menggilap bakat-bakat muda ini supaya lebih bersedia menerima dan bersaing dengan pemain-pemain import yang akan beraksi dalam saingan liga Malaysia pada 2012.

Dengan kewujudan Akademi The Red Warriors nanti mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berbakat dan bertaraf profesional. Prospek pembangunan bakat baru akan lebih dititik beratkan KAFA pada masa depan supaya kegemilangan bolasepak Kelantan tidak terpadam dengan hanya kehadiran pemain-pemain yang ada sekarang. Kesinambungan pemain yang berbakat dan kejayaan merangkul piala akan terus menjadi target KAFA sepanjang zaman.

KELANTAN GEMILANG SEPANJANG ZAMAN. GOMO KELATE GOMO

Petikan daripada Facebook Tan Sri Annuar Musa::
"2011..kita ubah pendekatan.kitA tidak mengejar bintang.90 peratus Trw adalah ANAK KLATE..dan ramai dibawah 24th.sasaran kita sederhana saja..minima separuh akhir FA,top4 LIGA,Dan pertahan piala Msia..angkara 3 pemain mmg telah mencacatkan perancangan sy..tapi kita TAK putus asa..kita bina aaas utk 2012 dan seterusnya..kita nak tumpu pd devt bakat.."

  Newer: