penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Kenali Penaja Rasmi Baru - AL JABBAR Group
 emel
Share

 

PENGENALAN

Al Jabbar Group merupakan salah sebuah syarikat seratus peratus dimiliki oleh bumiputera melayu. Ditubuhkan seawal 1997, dan di asaskan oleh En Mohd Kamaruzaman b. Che Hussain (38 tahun).

Anak syarikat pertama yang ditubuhkan, adalah Pusat Perubatan Herba Al Jabbar. Dengan mengeluarkan produk pertama , iaitu Jabbar Hidayah Hb Plus ataupun, terkini lebih dikenali sebagai tonik hati. Tonik hati merupakan produk yang khusus penggunaannya untuk penyakit keradangan hati. Rentetan daripada itu , Al Jabbar juga telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan mengeluarkan produk berasaskan kepada kesihatan seperti produk Kasturi, khusus untuk penyakit kencing manis dan Maya untuk penyakit tekanan darah tinggi .

 

Memandangkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan ke atas produk – produk ini, pada tahun 2002. Al Jabbar mengembangakan lagi sayap perniagaannya dengan mengeluarkan produk –produk kesihatan dan kecantikan seperti Ayuni ( penjagaan dalaman wanita), 101 (penjagaan lelaki), Raudhah (rawatan resdung), Bayu (rawatan masalah angin), dan produk berasaskan minuman, iaitu kopi Jabbar.

Populariti Al Jabbar terus memuncak apabila produk tonik hati telah mula mendapat sambutan dengan strategi promosi dan pengiklanan yang tepat dan berkesan. Dimana, pada tahun 2008, AL Jabbar telah memindahkan pusat operasinya daripada lokasi asal iaitu di Jalan Alagendra, Kajang ke pusat Bandar baru Kajang , iaitu di Taman Prima Saujana , Kajang.

Dengan perkembangan yang sangat drastik dan positif itu, Al Jabbar telah menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang diberi nama AL Jabbar Healthcare sdn bhd pada tahun 2008 , dengan mengedar dan memasarkan produk - produk berasaskan mesin kesihatan dan system penapisan air seperti Dr Jism, Family Dr, Dr Jabbar, kerusi urut, termos air aura, dan terkini, memasarkan mesin terapi mewah seperti Dr Jism 10 series dan therapysm.

Terbaharu, Al Jabbar juga telah mengalihkan konsep perniagaannya daripada sector jualan kepada sector perkhidmatan seperti pembukaan Hotel Al Jabbar pada tahun 2010. Hotel tersebut berkonsepkan hotel butik, dimana menyediakan kemudahan untuk berterapi, dan ia bertempat di Taman Pelangi Semenyih, Kajang. Sejajar dengan perkembangan sukan tanah air yang begitu positif dan berkembang, Al Jabbar juga turut sama menceburi bidang berkaitan dengan sukan, dimana tertubuh lah AL Jabbar Sports.com. Outlet ini berkonsepkan butik pakaian sukan dan akan menjual dan membekalkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang berkaitan dengan sukan. Ianya dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2011. Dijangkakan untuk tahun 2011 ini, Al Jabbar Sports.com akan menubuhkan rangkaian outletnya lebih kurang 40 buah. Begitu juga dengan pertambahan rangkaian showroom Healthcare , dimana kemungkinan akan berkembang sehingga 50 – 60 buah showroom di sepanjang tahun 2011.


LATARBELAKANG

PEMILIK AL JABBAR GROUP


Name : Mohd Kamaruzaman bin Che Hussain

Age : 39 Years Old.

Date of birth : September, 22, 1972.

Place of birth : Kota Bharu Kelantan.

Gender : Male.

Marital status : Married.

Nationality : Malaysian.

Race : Malay.

Religion : Islam.

INFORMASI KORPORAT

No. pendaftaran syarikat : Al Jabbar Group sdn bhd

Alamat pendaftar syarikat : Box #641, Lot 7.2 8 E,

7th Floor, Wisma Central,

Jalan Ampang,

50450, Kuala Lumpur.

Alamat operasi : No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A,

Taman Prima Saujana, seksyen 1,

43000, Kajang , Selangor

No pendaftaran syarikat : 827965 – M

Status syarikat : 100 % bumiputera

Tarikh pendaftaran : 5 Ogos 2008

No telefon : +603 – 87379476

+603 – 87372284

No fax :

Website : www.aljabbargroup.com

  Newer: