penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Terkini Daripada Presiden KAFA
Khamis, 28 April 2011 09:33    | Ditulis oleh TRWC Team     emel
Share
ALHAMRA REDWARRIORS ACADEMY(army)telah memilih 15 orang jurulatih Dan penolong jurulatih setakat ini..olih kerana permohonan sangat ramai pusat ARMY ditambah DAN kafa memerlukan beberapa jurulatih berlesen TERUTAMA YG TINGGAL SEKITAR KAWASAN MAJLIS DAERAH KOTA BHARU utk menyertai barisan kejurulatihan ARMY..SILA pohon kpd CEO ARMY,alamat di pejabat WISMA KAFA
Baca Lagi...
 
SIaran Langsung untuk perlawanan Johor FC vs Kelantan
Selasa, 22 Mei 2012 04:29    | Ditulis oleh MY     emel
Share

Perlawanan Liga Super di antara pasukan Johor FC vs Kelantan yang bakal di adakan di Stadium Jcorp pada 26 Mei 2012 bakal disiarkan secara langsung. Perlawanan ini boleh ditonton secara langsung melalui saluran 801 astro arena. Siaran langsung ini di jangka bermula tepat pada jam 8.45 malam.

Sama - sama kita doakan 3 mata penuh untuk pasukan the Red Warriors dan merampas kembali tahkta Liga Super yang kini dimiliki oleh pasukan Lion XII. 

IMG 0130s

 
Isu pendaftaran Wan Zack tidak perlu disensasi
Isnin, 07 April 2014 15:51    | Ditulis oleh TRWC Team     emel
Share

Wan Zack Haikal

Oleh YATIMIN ABDULLAH (afar)
utusankelantan@utusan.com.my" data-mce-href="mailto:utusankelantan@utusan.com.my">utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta semua pihak supaya isu pendaftaran pemain sayap negara, Wan Zack Haikal Wan Noor tidak disensasikan.

Setiausaha Agongnya, Azman Ibrahim berkata, persatuan itu masih mempunyai masa yang panjang sehingga 23 April ini untuk mendaftarkan Wan Zack Haikal sebagai pemain pasukan tersebut untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Beliau berkata, pemain tersebut telah mengikat kontrak tiga tahun bersama The Red Warriors dan KAFA enggan mengambil risiko dengan membuat keputusan mendaftarkan pemain tersebut secara terburu-buru memandangkan dia masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami.

"Kami perlu meneliti pelbagai aspek sebelum membuat keputusan berhubung perkara ini.

"Lagi pun jadual perpindahan pemain untuk kali kedua ini belum tamat.

"Pada saya tiada apa yang perlu disensasikan, kita baru mendaftarkan dua pemain untuk kuota tempatan iaitu Mohd. Fitri Omar dan Brendan Gan.

Mengikut syarat setiap pasukan hanya dibenarkan membuat mendaftar tiga pemain tempatan sahaja untuk pintu pemindahan pemain pada pertengahan musim.

"Sekiranya kita mahu mendaftarkan Wan Zack, KAFA perlu keluarkan seorang lagi pemain kerana kuota 26 pemain untuk musim ini.

"Sudah penuh disebabkan itu kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus tamat perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Pada perlawanan tersebut Kelantan kembali bangkit menumpaskan ATM 1-0 selepas mempamerkan aksi lesu dalam beberapa saingan liga sebelum ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan keputusan KAFA untuk tidak mendaftarkan pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pemerhati bola sepak negara.

Kelibat Wan Zack Haikal menjadi perhatian selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa KAFA hanya mendaftarkan dua pemain tempatan iaitu Brendan Gan yang baru mendapat kerakyatan Malaysia dan pertahanan ATM, Fitri pada jendela kedua perpindahan Liga-M tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Azman turut mengesahkan dua tonggaknya iaitu Famirul Asyraf Sayuti dan Muhammad Aizat Jaini sedang menjalani pemilihan bersama pasukan Perak.

 
Pemecatan atau perletakan jawatan Steve Darby tidak efektif?
Sabtu, 05 April 2014 15:50    | Ditulis oleh TRWC Team     emel
Share

 

stevedarby
Status Update
By Muhammad Hafiz
Pemecatan atau perletakan jawatan Steve Darby SEKARANG tak akan memberi apa-apa kelebihan kepada TRW bagi saingan MSL dan Piala FA. Pastinya banyak perkara akan terbantut dari segi pembentukan skuad. Ini kerana SD datang bersama skuad baru dibentuk, player baru mengenali karektor coach dan pemain lain mungkin tak lebih dari 40%. Lain lah SD datang ketika skuad TRW sama macam musim-musim lepas, sudah mengenali satu sama lain mungkin melebihi 70%. Yang pasti sebelum saingan Piala Malaysia wajib dapatkan coach baharu jika SD tak mampu meletakkan TRW di Top3 dan menjuarai Piala FA.
Bukan soal target pengurusan, tapi kena fikir expectation fans yang akan berkurang dan kantung KAFA akan menurun tahun ini dengan income dari hasil penjualan merchandise juga akan menjunam teruk. Kalau fikir bab bisnes, kurang mantap nya pasukan diatas padang akan menjejaskan perniagaan TRW SDN BHD. Bayangkan saingan Piala Malaysia kehadiran kurang dari saingan Piala AFC. Bayangkan tak layak peringkat Kalah Mati Piala Malaysia, penjualan tiket dan jersi semakin lesu termasuk di Away Venue.
KAFA sepatutnya sudah memikirkan jalan lain bagi saingan Piala Malaysia kecuali jika sebaliknya Miracle akan berlaku. Saya bangkang pemergiaan SD buat masa sekarang, tetapi jika penghujung saingan liga dan Piala FA kita merosot dan Piala Malaysia kita terpaksa teruskan dengan SD, saya akan berhabis-habisan setakat boleh untuk bekerja didalam unit untuk menjatuhkan SD, read my word.

 

 
Piala AFC 2014: Kelantan tersingkir awal
Rabu, 09 April 2014 00:45    | Ditulis oleh TRWC Team     emel
Share

piyaafc14

Hasrat penyokong Kelantan ingin melihat sebuah perlawanan menarik Kelantan dalam saingan Piala AFC pada malam tadi akhirnya tercapai meskipun pasukan tewas dan tersingkir awal daripada saingan Piala AFC ini. Secara keseluruhan Kelantan bermain baik, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Seperti biasa Forkey Doe dan Steve Darby terus menjadi sasaran pemecatan oleh penyokong Kelantan.

Jaringan Khairul Izwan Rosli dan Wan Zaharulnizam sedikit sebanyak mampu mengubati keperitan yang harus diterima oleh penyokong Kelantan. Mereka kena akui jika Kelantan akan dilabel pasukan belasahan AFC oleh peminat bolasepak pasukan lain nanti, tetapi keputusan ini diharap tidak mematah semangat kita untuk terus menyokong pasukan kesayangan kita ini. Ayuh kita serbu Selayang pula sabtu ini.......Gempur Kelate Gempur

cartaafc2014

Piala AFC 2014:
26-02-2014 16:00
YANGON UNITED (MYA) 5-3 KELANTAN (MAS)
---------------------------------------------
12-03-2014 20:45
KELANTAN (MAS) 2-0 SOUTH CHINA (HKG)
---------------------------------------------
18-03-2014 20:45
KELANTAN (MAS) 2-3 XM Vissai Ninh Binh (VIE)
---------------------------------------------
02-04-2014 17:00
XM Vissai Ninh Binh (VIE) 4-0 KELANTAN (MAS)
---------------------------------------------
08-04-2014 20:45
KELANTAN (MAS) 2-3 YANGON UNITED (MYA)

 


JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL